Wednesday, 14 December 2011

Program hujung minggu...

    Hujung minggu lepas aku menjadi urusetia 'Program Mesra Alam MountainBike Parit Raja 2011'. Ini bermaksud aku sekeluarga tidak balik kampung di Tangkak yang sememangnya menjadi rutin mingguan. Lagipun cuti semester politeknik ada berbaki dua minggu lagi. Selepas pendaftaran baru nanti setiap minggulah balik ke Tangkak. Hari sabtu taklimat di adakan di balai raya Parit Daun selama dua jam
       Hari ahad seawal 630pagi semua sudah berkumpul di Kompleks Parit Raja membuat pendaftaran. Lebih kurang 700 peserta dari pelusuk negeri Johor dan Melaka. Mat saleh dari Singapura pun turut serta. Pekan kecil ini aku lihat dipenuhi basikal yang berbagai jenis dan corak. Atas kereta tersusun basikal malah ada yang menggunakan lori kecil untuk membawa basikal mereka yang mungkin datang dari jauh dan banyak kuantiti basikal yang dibawa. Aku meninjau kawasan tapak gerai jualan, ada yang menjual basikal. Aku amati harganya punya la mahal dari RM1100 sehingga RM44,000. Fuhh tidak disangka. Kualiti pasti terjamin. Apek tu bagi aku angkat basikal tu dan memang ringan. Ini kalau beli kena simpan dalam rumah dan dirantai sekali dan yang pasti hanya mereka yang ada duit 'terbuang' dan minat je yang mampu beli basikal dengan harga rm44k hehehe...Harga basikal paling mahal menyamai dengan sebuah rumah kos rendah atau sebiji kereta baru. Barulah aku tau, ingatkan rm6-7ribu paling mahal. Ada yang berbelas ribu harganya. Agak menarik.
        Jauh perjalanan yang ditempuh ialah hampir 55 kilometer. Boleh tahan agak mencabar juga dengan bukit dan cerun serta kasaran batu sepanjang 6 kilometer pada titik pemeriksaan terakhir. Aku jaga di 'checkpoint 2'. Peserta berlepas bermula 8.00 pagi.Selepas 'sweeper' dah pastikan semua peserta telah betul-betul tiada yang tertinggal, aku dan petugas lain mula berkemas. Ada juga peserta yang 'sangkut' sebelum sampai ke 'checkpoint 2' sebab terjatuh menyebabkan 'fork' basikalnya patah. Ada seorang peserta yang terseliuh dan tidak dapat meneruskan perjuangannya. Terpaksa berangkut naik jip Ford Ranger yang dibawa oleh aku. Ke  hulu hilir juga  aku bawa untuk pertama kalinya dalam sejarah pemanduan. Pukul 9.40 pagi aku dimaklumkan bahawa ada peserta yang dah sampai ke garisan penamat. Hebat juga kemampuan dan stamina mereka ni. 50km++ dalam masa kurang 2 jam dengan jalan yang mencabar memang membuktikan pernafasan seperti naga berapi dan stamina macam badang huhuhu...aku kagum dan 'solute' dengan mereka sebab aku mengaku tidak mampu untuk berkayuh sejauh 50km++ apatahlagi dengan masa catatan tersebut sebab aku kena pertingkatkan latihan dan sekurang-kurangnya kena buat larian sehari 5km baru lah ada kekuatan stamina dan buat sementara waktu ini memang aku tiada masa nak melayan semua itu.
    Habis bertugas aku balik ke rumah dalam pukul 230petang. Terbaring di rumah sambil melayan anak-anak. Misi bantuan berjaya dan agak seronok menyertai program seperti ini kerana kita mendapat pendedahan kepada dunia sukan yang agak santai. Berbasikal satu perkara yang positif kerana ia menyihatkan tubuh badan dan buat sementara waktu dan ketika ini aku masih lagi belum memiliki sebuah basikal..mungkin akan datang...?

'Flag off' bermula, dengar cite pukul 7.50pagi..awal 10minit menyebabkan ada peserta yang tertinggal..wallahualam..apa pun secara kesimpulan proram ini berjaya....

No comments:

Post a Comment