Seronok juga Rabu tempohari ikut lawatan ke kilang pau di kawasan industri kecil Parit Raja. Aku diajak secara 'bidan terjun' bagi menggantikan seorang peserta untuk memeriahkan majlis. Pukul 2.30 petang bertolak dan sampai ke kilang tersebut dalam masa 10 minit sahaja. Memang dekat. Peserta yang terlibat dalam 7 orang iaitu terdiri daripada doktor kejuruteraan dan pensyarah.Ramai gak. Keluasan kilang sama seperti kedai makan. Tidak berapa luas dan laluan agak sempit. Kami dijemput untuk menyelesaikan sedikit masalah mengenai teknologi mesin yang digunakan supaya lebih berkecekapan dan memudahkan. Pengusahanya seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 50-an menerangkan perjalanan perniagaannya yang bermula secara kecil-kecilan. Daripada menggunakan kudrat tangan sehinggalah menggunakan peralatan mesin yang dibeli dari Taiwan.
Aku memang kagum dengan mana-mana pengusaha makanan yang cuba memasarkan produk mereka. Ini kerana apa yang aku nampak dan tahu, industri makanan sebenarnya dimonopoli oleh orang bukan islam seperti yang pernah kita baca dalam internet dahulu mengenai pau Ahmad. Nama pemandu lorinya sahaja Ahmad manakala pengusahanya orang bukan islam. Sama juga dengan pengeluaran biskut dan sebagainya. Orang bukan islam mempunyai kuasa modal dan strategi pemasaran yang hebat. Kedai-kedai runcit dan mega kebanyakkannya membenarkan dan memberi ruang yang luas kepada produk bangsa mereka berbanding dengan produk orang islam yang agak ada kekangan dan terbatas. Mana-mana produk orang bukan islam begitu mudah memasuki pasaran umat islam berbanding dengan produk islam yang untuk memasuki gedung orang bukan islam amat sukar.
Alhamdulillah di Parit Raja ada Industri Kecil Sederhana dan banyak produk umat islam seperti pizza, kerepek, makanan tradisional, kebab dan lain-lain. Cuma apa yang aku nampak bahagian pemasaran agak 'lembab' berbanding orang bukan islam. Ini tidak dinafikan oleh pengusaha tersebut cuma apa yang menjadi masalahnya ialah pengeluaran yang terhad manakala permintaan tinggi. Ini memerlukan mesin yang cekap, penyimpanan yang cukup dan penghantaran yang memenuhi spesifikasi supaya kualiti pau tersebut dapat dikekalkan. Sementara ini mereka hanya menggunakan sebuah van bukan lori yang mempunyai sistem penyejuk. Masih menunggu suntikan modal daripada pihak bank dan agensi kerajaan yang berkaitan. Ada dua masalah yang dibentangkan oleh pengusaha tersebut iaitu pau yang siap dengan kuantiti yang banyak diambil secara manual untuk diletakkan keatas kertas pelapik dan tiada ruang penyejukan setelah pau dikukus. Ini penting untuk menjaga kualiti. Lawatan ke tempat operasi dilakukan untuk melihat situasi sebenar dan di situ masing-masing telah mendapat idea untuk diketengahkan dalam kertas kerja.
Setelah menjamu selera kami dibekalkan dengan 2 bungkus pau yang didalamnya ada 6 ketul pau berintikan kacang sebagai oleh-ole untuk dibawa pulang. Alhamdulillah murah rezeki. Harapan agak tinggi diberikan oleh pengusaha tersebut kepada peserta-peserta ini supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dan apa yang penting tindakan susulan perlu dilakukan dan aku sebenarnya bukanlah sebahagian daripada 'projek' penambahbaikan tersebut. Aku cuma penumpang dalam program lawatan tersebut maka idea-idea bernas akan dibuat oleh cerdik pandai doktor kejuruteraan dan didokumentasikan dalam kertas kerja mereka nanti....bravo!
Friday, 9 December 2011
Monday, 5 December 2011
Secebis perjalanan...
Khamis minggu lepas (01/12/2011), aku sekeluarga ke Sungai Pelek, Sepang, Selangor Darul Ehsan mengunjungi kakak sekeluarga di sana. Dari Parit Raja singgah ke Tangkak mengambil ibuku dan petangnya terus bertolak ke sana. Menjadi kebiasaan cuti hujung tahun setakat ini memandangkan setiap minggu sibuk dengan Program Kursus Secara Sambilan di Politeknik Merlimau Melaka yang dengan izin Allah akan selesai pada bulan jun tahun hadapan. Rumah kakak aku berdekatan dengan pantai Bagan Lalang.Di situ terdapat Resort Gold Coast iaitu pusat penginapan yang mempunyai ratusan bilik dibina terapung diatas laut dan agak eksklusif. Suasana tenang di Bagan Lalang dan jauh dari hiruk pikuk kota membuatkan hati rasa lapang dan tenteram.
Majoriti penduduk aku rasakan bangsa india lebih ramai berbanding melayu dan ini berbeza dengan pekan Parit Raja yang majoritinya melayu dan sukar untuk melihat bangsa india. Di sini juga mudah untuk melihat kuil dan perkuburan hindu. Malah sepanjang perjalan dari Sungai Pelek ke Kajang untuk ke rumah abang ipar pun aku nampak terdapat banyak kuil dan juga perkuburan india. Mungkin dahulunya terdapat penempatan estet dan lama kelamaan populasi semakin menjadi besar dan berkembang. Di Banting dan Kelang juga memang mereka menjadi majoriti dan ini amat berbeza dengan negeri-negeri lain. Bangsa cina juga menjadi minoriti di sana.
Hari jumaat tiada apa akitiviti dilakukan hanya berehat di rumah dan malamnya abang aku sekeluarga datang dari Kelang. Petang jumaat hanya bersiar-siar menaiki kereta dan tidak dapat berjalan-jalan di pantai kerana hujan renyai. Malam tersebut setelah selesai makan malam kami hanya berbual-bual mengenai hal keluarga dan sebagainya. Pada hari sabtu aku sekeluarga ke Kajang mengunjungi rumah abang ipar. Berpandukan papan tanda akhirnya sampai aku ke Bandar Kajang dan kemudian abang ipar menunjuk arah rumahnya yang melalui kawasan Kedai sate yang amat terkenal di Kajang iaitu sate kajang Haji Samsuri. Masa yang amat terhad aku, sendiri belum dan tidak sempat merasainya. Ada umur insya Allah nak mencuba juga. Kajang sehari sebelum itu dilanda banjir yang agak parah juga sehingga menenggelamkan kenderaan tapi ia bukan banjir 'diam' kerana dalam masa 2-3 jam, ia surut dan pulih seperti biasa. Petangnya aku sekeluarga balik ke Sungai Pelek melalui lebuhraya ke Nilai dan selamat sampai hampir isyak.
Hari ahad sempat aku bawa anakku Insyirah ke Bagan Lalang untuk bermain di taman permainan dan kemudian ke pantai. Petang berkemas terus kerana hendak ke Putrajaya rumah abang dan balik ke Tangkak. Abangku bertugas di Pulau Langkawi sempena LIMA 2011 dan kakak ipar, anak saudara dan mertua abangku ada menyambut di rumah. Petang hujan lebat di Putrajaya dan renyai selepas itu . Selepas isyak kami bertolak ke Tangkak melalui lebuhraya dan hujan amat lebat di Jasin hingga ke Tangkak. Kereta semua dipandu perlahan, hanya lampu belakang kereta sahaja yang menjadi panduan. Anak-anakku tidur nyenyak. Bersyukur kepada Allah selamat kami sampai ke destinasi.

Wednesday, 30 November 2011
meniti kehidupan
Hari ini 4 muharam 1433. Maknanya telah empat hari hijrah berlalu. Hari di mana umat islam mengambil iktibar melalui penghijrahan nabi dari kota Mekah ke kota Madinah untuk mencari kehidupan yang lebih baik sebelum pulang ke kota Mekah semula untuk menyebarkan agama islam dengan kekuatan umat. Tahun baru islam yang sepatutnya digunapakai berbanding tahun masehi dan tahun baru yang seharusnya disambut dengan kesyukuran dan gemilang berbanding tahun baru masehi tapi apa yang berlaku sebaliknya. Bilakah hendak berubah masih dalam kesamaran kerana ia melibatkan pembentukan generasi yang mengikut acuan pemimpinnya baik peringkat keluarga, komuniti mahupun ketua masyarakat.
Hujung tahun 2003 aku berhijrah ke pekan kecil yang diberi nama Parit Raja yang terletak di daerah Batu Pahat, Johor. Dari bandar kecil Tangkak yang jauhnya cuma lebih kurang 120km, aku melintasi sempadan setiap daerah untuk mengubah nasib dan juga masa hadapan yang lebih baik dari sebelumnya. Selama empat tahun berkerja di kilang yang agak besar dan berprestij di Muar ia masih tidak mampu mengubah apa-apa kepada aku... cuma rasa selesa tinggal di kampung bersama ibu. Tiada matlamat dan tiada motivasi tinggal di kampung dan mungkin kerana itu aku telah 'dihantar'-Nya ke tempat lain supaya aku dapat belajar erti kehidupan yang sebenar. Walaupun aku yang mengisi borang kerja, menghadiri peperiksaan dan temuduga dan berjaya diterima tapi jauh maknanya daripada itu aku mengerti bahawa aku telah diberi peluang untuk berubah menjadi lebih baik dan oleh itu aku dihantar ke tempat yang sebaiknya. Alhamdulillah.
Di pekan kecil ini sebenarnya memberi makna yang besar. Dahulunya aku janggal untuk bersolat fardhu dengan secukupnya apatah lagi untuk berjemaah namun hasil pergaulan yang baik akhirnya ia menjadi satu kebiasaan dan seharusnya menjadi kewajiban setiap orang islam. Sama juga dengan berpuasa, dahulunya agak sukar untuk berpuasa sebulan kerana pergaulan rakan-rakan tapi ia berubah sedikit demi sedikit lalu memahami kepentingan rukun itu sendiri secara mendalam. Dahulunya rokok menjadi penyedap selera makan mahupun untuk tidur kini tiada lagi dalam fikiran dan tidak perlu mengambil ubat ubatan untuk menghilangkan ketagihan. Apa yang penting set minda kita dan yakin kepada diri sendiri. Jangan jadi hamba rokok dan bukan sahaja rokok malah jangan jadi hamba kebendaan kerana ia bisa membinasakan diri.
Pentingnya kita mencari sahabat yang hidupnya positif dan sentiasa mencari keredhaan Allah swt. Dahulunya bukan kerana aku jahil malah tahu serba serbi amalan agama cuma tidak taat. Pentingnya taat dalam agama kerana ia maruah diri sendiri sebagai orang islam. Selepas berkeluarga aku rasa kehidupan lebih lengkap dan teratur. Syukran. Aku ada matlamat sendiri bagaimana aku nak membangunkan keluarga aku selaras dengan kehendak agama islam itu sendiri. Bukan hanya menghantar anak ke sekolah dan menerima 'input' sahaja malah perlu tahu 'output', apa yang dipelajarinya dan yang paling penting ialah boleh bersolat semasa umur 7 tahun. Besarnya tanggungjawab ketua keluarga kalau kita tahu kesannya kepada diri kita malah kesan kepada masyarakat jika kita tidak mendidik generasi kita dengan betul. Banyak masalah sosial, maksiat dan jenayah yang berlaku sebenarnya datang daripada institusi keluarga yang tidak stabil dan kukuh.
Apapun aku harap agar Allah swt sentiasa memberi aku petunjuk dan hidayah untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih baik dan iman yang tetap kerana tanpa itu maka siapalah aku. Menjadi manusia yang tiada berdaya melainkan dengan izin Allah swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ini kerana aku sedar dan insaf bahawa aku tidak mempunyai apa-apa selain belas kasihan-Nya dan bila mengenangkan perkara itu aku jadi terharu dan kosong. Pentingnya hijrah dalam diri menjadi lebih baik dari sebelumnya dan aku harap dapat bertahan daripada godaan yang mendatang. Salam Hijrah.

Tuesday, 29 November 2011
Mencegah lebih baik...
Petang ini cuaca mendung, redup dan ada tanda-tanda hujan akan turun pada malam hari. Untuk beberapa minggu ini aku diserang resdung dan bersin berterusan hingga memaksa aku menghubungi seorang pembuat pil resdung di Perak untuk membuat tempahan sedosen pil resdung he.he..he. Bukannya apa, banyak produk tiruan yang berlambak di pasaran sekarang ini dan mereka tidak segan silu menggunakan jenama dan alamat yang sama dengan pengeluar asal. Bahaya. Gunakan yang asli dan sebab itu aku suka berurusan secara langsung. Lama sudah tidak berurusan dengan pengusahanya tapi dulu atas dasar percaya barang dihantar sebelum pembayaran dibuat dan aku memang menghargai kepercayaan tersebut. Alternatif lain aku minum Scott Imulsion. Bagus untuk memberikan kekuatan dalaman dan membekalkan haba dalam badan. Lama dulu aku tinggalkan tapi dalam masa dua bulan ini aku sambung semula amalan tersebut.
Di Muar pula ada makcik yang menjalankan perubatan tradisional, keluarkan ulat resdung dengan menggunakan sedikit peralatan seperti separuh tempurung kelapa yang ditebuk lubang tengahnya dan diikat serta gam menggunakan buluh lemang, loyang berisi separuh air, kepingan besi yang dipateri bersama kelongsong dan bahan asas guna habis seperti biji terung hutan dan minyak masak. Prosesnya ialah biji terung hutan dan minyak masak dibubuh diatas kepingan besi yang dipanaskan dan ia diletakkan didalam loyang yang berisi separuh air. Kemudian tempurung kelapa yang telah ditebuk lubang tengahnya dan ditusuki oleh buluh lemang di letakkan menutupi kepingan besi tersebut. Asap akibat campuran minyak masak dan biji terung akan keluar melalui buluh lemang tersebut dan aku pun tiup menggunakan mulut dan selang-seli menggunakan lubang hidung. Memang nampak ulat itu terapung didalam air pada loyang. Berwarna putih dan kecil sekali. Aku sangkakan hampas kelapa tapi bila aku belek memang mustahil hampas kelapa. Kena tengok melalui mokroskop baru jelas nampak ulat dengan terperinci. Kepala jadi lega selepas buat rawatan tu dan bayar ikhlas hati, tiada bil-bil tambahan dikenakan.
Apa pun kena usaha kalau ada penyakit dan yang paling penting pencegahan. Aku memang agak pantang kalau makan udang dan seangkatan dengannya. Sotong masih boleh lagi. Punca penyakit daripada perut. Memang Nabi SAW telah ingatkan berkurun lamanya dan ada petua-petua pemakanan secara islamik yang kita kena patuh. Usaha perlu ada. Aku ada kawan yang telah meninggal dunia ( Al Fatihah) pada tahun 2006 kerana menghidapi penyakit gout, darah tinggi dan akhirnya kencing manis. Arwah lama tidak membuat pemeriksaan berkala semasa menghidapi penyakit gout dan darah tinggi dan paling teruk tidak menjaga pemakanan. Semua bedal dengan alasan masa muda ni kena menikmati makanan dan akhirnya selepas meninggal dunia baru tahu adanya penyakit kencing manis. Amat tragik sebab arwah serumah dengan aku dulu dan sebelum meninggal dunia aku sempat jumpa sebelum cuti umum Tahun Baru Cina. Banyak kenangan masam-masam manis semasa tinggal serumah dulu. Allah lebih sayangkannya. Aku harap arwah dapat bersemadi dengan aman damai dan rohnya dicucuri rahmat-Nya. Apa pun kita kena ambil tauladan untuk dijadikan panduan. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubat...

Monday, 28 November 2011
Aku dan sesuatu....
Assalamualaikum wbt,
Pertama kali menulis dalam blog. Terima kasih kepada pihak 'google' kerana memudahkan urusan dengan kurang lima minit berjaya aku mempunyai blog sendiri. Aku pun tidak tahu kenapa aku berminat untuk mempunyai blog sendiri tapi aku merasakan yang aku ada sesuatu untuk aku sampaikan dalam blog aku. Blog ibarat diari dan satu medium penyampaian yang berkesan dalam alaf baru ini dan dengan kemudahan yang disediakan sesiapa pun boleh menulis asalkan ia tidak menyalahi peraturan undang-undang atau menyentuh sensitiviti masyarakat. Kita tidak perlu emosional dalam menyampaikan sesuatu yang ingin kita kongsikan. Apa yang penting adalah nawaitu, niat kita dalam menyampaikan sesuatu kepada sesiapa saja atau yang berkenaan.
Menjadi blogger perlu menulis dan menaip. Aku bukan penulis dan juga penaip. Cuma menambahkan bilangan sahaja dan ingin merasai dunia blogger, maklumlah kita tinggal di alaf baru. Satu medium komunikasi bisu yang mampu menerjah fikiran masyarakat dengan pegangan prinsip kearah masa hadapan yang ada matlamat dan impian. Gunakan kemudahan yang sedia ada dan yang penting perlu mengetahui etika penulisan walaupun kita tidak pernah mendapat pendidikan formal seperti mereka mempunyai diploma mahupun ijazah dalam bidang yang berkaitan. Mungkin pengalaman dan pengetahuan berbeza. Aku tetap seperti aku. Cuba mengeksperimentasikan keadaan sekeliling dan yang pasti insan yang ingin mencuba sesuatu yang baru..aku dan sesuatu.

Subscribe to:
Posts (Atom)