Sunday, 11 November 2012

Imbasan Jun 2012..Bebaskan Palestine

  Baca dalam Malaysiakini tadi, semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.  Alhamdulillah. Besar pengorbanan tu bila pergi ke tempat yang amat bahaya seperti negara haram israel tu.  Setiap hati zionis yahudi memang menganggap dan selalu syak kepada orang luar yang ingin membantu rakyat palestin. Mereka syak penyeludupan senjata untuk kegiatan menyerang yahudi walhal merekalah pengganas yang merampas tanah rakyat palestin. Bayangkanlah kalau tetiba kampung kita didatangi sebatalion tentera asing lengkap dengan senjata, kereta kebal dan jentolak. Kemudian menyerang rumah-rumah dengan bazooka, kereta kebal dan kemudian merobohkan dengan jentolak. Orang-orang kampung yang cuba melawan dibunuh dengan kejam, kalau tak melawan pun dibunuh juga. Begitulah nasib penduduk palestin, dahulu dan sampailah sekarang…

    Dengan kanak-kanak pun memang takde belas kasihan asalkan mereka penduduk paletin.
View Image
  Sedikit demi sedikit tanah palestine dirampas sejak penubuhan negara haram itu pada tahun 1948 hingga sekarang ni.
      Lagi 2 minggu Bolasepak Piala Dunia jadi tumpuan seluruh umat manusia untuk menyaksikan dan memperkatakannya. Aku harap kisah-kisah penderitaan dan perjuangan membebaskan rakyat palestin daripada kekejaman zionis seharusnya diteruskan oleh media masa dan elektronik, bukannya bermusim. Ia wajib diteruskan sehingga merdekanya negara Palestin dan berkuburnya negara haram israel. Bimbang sekiranya semua media tertumpu kepada bolasepak piala dunia, masa inilah zionis membantai penduduk palestin terutama di Gaza untuk menyambung kebencian dilubuk hati mereka.
    Pagi tadi di tv3 ada temuramah Pengerusi NGO dan apa yang menarik minat aku nak cerita kat sini ialah soalan bernas daripada Wardina iaitu perlukan tentera islam diwujudkan untuk membantu melindungi penduduk palestin daripada kekejaman zionis dan beliau menjawab kita tak perlu guna tentera sebab tengok contoh Afrika Selatan yang dahulunya pemerintahan dasar apartheid akhirnya aman tanpa guna kekerasan. Aku hormati dan kagumi dengan kerja amal beliau dan NGOnya dalam membantu memberi bantuan kepada penduduk Gaza tapi sampai bila penderitaan itu akan berakhir. Pendapat itu takde unsur jihad iaitu bila kita ditindas dan hak dirampas wajib kita bangun dan bersatu menentang musuh islam. Apa gunanya OIC. Sepatutnya OIC dijadikan medium terbaik untuk mewujudkan tentera islam. Ada lebih 150 buah negara dan setiap negara menyumbangkan tentera jihad memasing dengan kekuatan ekonomi. Kebanyakkan negara islam ada minyak dan OPEC sendiri dianggotai oleh kebanyakan negara islam.
  Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.

Firman Allah dalam Surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud;

 “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”.

  “Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan Kami adalah Allah”. 

    Negara haram israel didirikan dengan darah rakyat palestin… bacalah sejarahnya sejak runtuh Daulah Khalifah Uthmaniyah pada tahun 1924. Gabungan negara-negara islam dibawah satu panji yang ingin menegakkan hukum-hukum syariah islam dan islam sebagai carahidup  sepatutnya diberi perhatian oleh setiap orang-orang islam. InsyAllah.

Imbasan 2010..Bantah zionis!

Semalam dunia digemparkan dengan serangan kejam tentera ala komando zionis israel terhadap petugas-petugas misi bantuan(Gerakan Membebaskan Gaza) kepada penduduk Gaza. Ini termasuk aktivis Malaysia yang terlibat dalam penghantaran bantuan tersebut dibawah berbagai pertubuhan asasi. Seramai 19 orang terbunuh kebanyakannya rakyat Turki manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas anggota-anggota komando Israel menyerbu enam buah kapal yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang sedang dalam misi menghantar bantuan termasuk dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Genting Gaza semalam.
        Cerita pasal yahudi ni memang takkan habis sampai hari kiamat. Bacalah Al quran, dalam surah al Baqarah memang banyak menceritakan tentang yahudi ni. Tentang kedegilan dan penentangan mereka terhadap rasul Allah swt yang telah diturunkan pada mereka. Bangsa yang pernah membunuh nabi dan rasul ni takkan teragak-agak juga untuk membunuh bangsa selain daripada mereka jika ianya bertentangan dengan hawa nafsu mereka. Sejarah kekejaman yahudi juga menarik perhatian aku sejak dibangku sekolah lagi. Aku masih ingat lagi buku yang pertama aku beli masa sekolah rendah mengenai yahudi yang bertajuk ‘ Kekejaman yahudi terhadap umat islam’.  Yang lawaknya lepas aku abeh baca beberapa kali, aku bagi kat abang aku baca dan tanya kat dia , ‘ tak kejam pun yahudi ni, tapi tajuk buku kata kekejaman yahudi terhadap umat islam?’ abang aku pun baca sampai habis dan cite la memang buku ni cite pasal betapa sadisnya bangsa yang dilakhnat Allah ni. Masa tu aku masih belum memahami secara mendalam dan buku tu hanya tulisan, takde gambar sedangkan kanak-kanak  yang belum masuk sekolah menengah ni menuntut pemahaman cerita dan bergambar…
           Bila masuk menengah baru aku faham mengenai kewujudan negara haram israel dan pembunuhan bangsa palestin.. Yahudi menganggap bahawa mereka bangsa yang tiada negara dan tanah palestin adalah negara yang tanpa bangsa. Mereka menafikan kewujudan penduduk asal dan sebab itu mereka membantai penduduk asal. Masuk ke kampung dan menyerang mereka dengan kereta kebal dan senjata sedangkan penduduk kampung tiada senjata. Ibarat kampung kita tetiba diserang oleh puak komunis dengan kekuatan tentera dan kita hanya ada parang dan pisau rewang… mana nak seimbang… seperti peristiwa Sabra dan Shatila semasa Ariel Sharon laknatullah menjadi komandan tentera israel pada tahun 1982. Kedua-dua kampung tersebut dikepung dan tiada sorang pun yang selamat.  Bayi, kanak-kanak, perempuan, laki-laki , orang tua hatta haiwan ternakan semua mati ditembak, sembelih..dibunuh dengan berbagai cara.  Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Beliaulah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata,
• ”Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan.”
» (New York Times, 17hb Mei 1982)
• “Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati”
» (Ha’aretz, 25hb Februari 1983).
• “Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”
» (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).
\
   Kita yang tinggal di negara yang aman damai setakat ini(?), kalau tak dapat pergi berjihad ke sana, sekurang-kurangnya hulurkanlah bantuan wang ringgit dan lain-lain sumber atau setiap kali solat jangan lupa doakan supaya tanahair Palestin dibebaskan daripada regim israel dan minta kepada Allah supaya regim israel dihancurkan dimukabumi ini supaya dunia lebih aman tenteram kerana dipercayai punca peperangan dimana-mana negara di dunia ini adalah didalangi oleh regim israel dengan kakitangannya diseluruh dunia..wallahualam….. itu yang aku cuba usahakan dan isyAllah istiqomah. Harap-harap negara kita aman damai dan wujudkan tentera dan pemimpin-pemimpin yang ingin mati syahid  dan sentiasa pertahankan negara daripada ancaman musuh-musuh agama, bangsa dan negara. Amin…Ya Robbal A’lamin…

Imbasan 2009..Kelahiran Dhia Hana Insyirah

Assalammualaikum… Kejab je dah bulan 12, dah hujung tahun masehi. Dari bulan pose tuhari sampai sekarang baru aku nak buka blog ni hehe. Macam-macam perkara la yang berlaku kalau dah lama tak kemaskini sejak 2-3bulan lepas. Ni akibat suka wat keja tangguh-tangguh. Nak wat camne, bukan salah ibu mengandung..

Oh ye..alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana telah mengurniakan anak perempuan yang sihat walafiat dan sempurna. Aku selamat jadi bapa pada 17 Sep 2009 pada pukul 10.13pm mengikut catatan kak jururawat dan mak bidan yang bertungkus lumus ‘mengeluarkan’ bayi aku tu kat Hospital Batu Pahat. Aku cuma sempat masuk Bilik Bersalin dan tengok bayi aku ngam-ngam kuar lepas terima panggilan daripada mertua aku . Masa tu pukul 10.05pm, aku kat belakang jlan Rahmat, tengah ‘tapow’ makanan untuk berbuka pose sebab masa magrib aku cuma dapat makan 3 ketul buah kurma je. Terus aku bergegas masuk hospital semula.

    Alhamdulillah la isteri aku pun selamat gak. Aku sempat la dok kat dia masa lepas bersalin, baby tengah dibersihkan oleh jururawat. Pastu aku azan dan qamatkan sekali bayi pompuan aku tu kat dalam bilik perempuan bersalin. Selamat semuanya. Alhamdulillah. Aku dan istriku bagi nama dia Dhia Hana Insyirah bermaksud cahaya ketenangan dan kemudahan dalam hidup. 2 hari lepas tu umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rupa-rupanya anak aku kuar cepat sebab nak sambut hari raye..leh dapat duit raye hehe.. ikut jadual raya ke4 baru ‘due date’. Baguslah kuar awal pun takpe sebab semua tu urusan Allah swt. Dia yang menentukan segalanya.

Imbasan 2009..Demonstrasi Bantah Israel

Tiada manusia dan rakyat suka berperang di alaf baru ni tapi masih ada kuasa-kuasa yang ingkar dahagakan darah. Kerana tanah. Ribuan tahun dahulu mereka bersaudara tiri. Lahirnya bangsa yahudi daripada Siti Sarah isteri nabi Ibrahim a.s dan arab pula daripada Siti Hajar, isteri kedua baginda. Dendam beribu tahun menghalalkan darah saudara sendiri. Sehingga sekarang kita masih menyaksikan kejahatan bangsa yahudi yang makin teguh setelah berdirinya negara israel dengan jaringan-jaringan zionis yang melekat di Eropah dan Amerika. Jaring-jaring kecil di Asia.
          Demonstrasi di seluruh dunia. Rakyat yang memahami penderitaan rakyat Palestin, bangkit dan memprotes zionis. Baik di Eropah dan Asia. Seruan boikot produk yahudi. Ada yang meremehkan seruan ini. Alasannya kebanyakan produk yahudi memenuhi pasaran. Yang ‘kelas’ dan ‘branded’. Nampaknya kita masih belum ada jiwa untuk berjihad. Masih segar ayam KFC dan Mcdonald ditekak.
image2660
            Ada member aku cakap, KFC adalah kepunyaan orang kita, melayu islam. Pengarahnya orang melayu. Tapi pada aku berapa ramai orang kita yang jadi jaringan zionis sendiri. Memang orang kita semua. Kalau pasaraya Tesco tutup atau diboikot, dimana orang kita nak kerja? tu persoalan yang banyak kawan-kawan timbulkan. Seolah-olah kita mengharapkan rezeki yang diberikan oleh jaringan zionis dan kalau takde la pasaraya atau produk-produk yahudi ni, orang kita akan berada dalam kesusahan. Kira darurat.
       Diibarat kalau nak nampak ‘real’, jaringan zionis bagi kontrak kat orang kita wat kilang senjata atau bom kat Malaysia dan pekerjanya adalah orang kita gak dan senjata-senjata tersebut digunakan untuk membunuh rakyat Palestin, masihkan kita boleh kata kita tiada pilihan? Cuma yang sampai kat negara kita ni adalah produk-produk makanan dan pakaian tapi duit juta-juta yang mengalir, keuntungan jaringan zionis ni juga akan mengalir ke negara israel. Benda ni tak nampak. Terlalu halus untuk difikir.
image2657
        Camne nak jihad kalau dalam bab-bab kecil ni kita tak boleh bersatu. Mungkin dah terlalu lama kita di ‘amerika’kan. Gaya hidup barat nampak kelass. Perlu ada kesedaran oleh umat islam. OIC pun cuma ‘ooo..i see…’. Negara arab pun susah nak bersatu walhal kiblat sama. Ponin palo…Sapa la mujadid abad ni yang akan keluar untuk menyatukan umat islam. Apa-apa hal pun dalam bab jihad ni, Rasullullah saw dah berpesan, jihad melawan hawa nafsu tu lagi besar. Tundukan hawa nafsu dulu.
      Dah sedia ke nak boikot produk yahudi ni? Sapa-sapa yang keja ngan kilang yahudi ni, ada ke sapa-sapa umat islam (yang kaya raya) yang nak amek dorang keja? Bila ada yang pergi, mesti ada pengganti. Boikot KFC, mcdonald tu mesti ada makanan lain yang sama kualiti dibuat oleh umat islam. Macam coca-cola, kita tukar kepada mecca cola( cuma tak bape meluas air ni-tak jumpa kat Parit Raja atau Batu Pahat). Kalau nak boikot kena la usaha sesuatu yang lain sebagai pengganti. Jangan cakap je. Sesapa umat islam yang berkemampuan, digalakkan menceburi industri makanan secara meluas. InsyAllah ekonomi islam akan teguh dan ekonomi zionis akan jatuh tersungkur. 1.5 billion umat islam kat dunia ni. Bersatu kita teguh. Boikot produk yahudi!!!
(Gambar pelajar disalah sebuah Universiti, Johor, 2.30pm )

Imbasan..Jan 2009

Jumaat lepas tak pasal-pasal aku ngan orang umah amek keluar 3jam waktu pejabat pasal hantar kucing peliharaan gi Pejabat Haiwan. Kucing jantan remaja tengah manja-manja. Tengahari sebelum tu kitaorang balik sebelum solat jumaat, kucing tu terbaring kat tengah jalan depan rumah. Ingatkan saje lepak-lepak. Bila kucing tu bangun, jalan pun dah tak betul pastu terhoyong-hayang pala cam mamai. Nape ntah. Ingatkan kena langgar atau demam. Picit kaki dan rasa badan tak lak menjerit dan panas.

    Kul 3pm gerak gi Pejabat Haiwan Batu Pahat. Ramai gak yang hantar kucing peliharaan petang tu. Ada yang bawa sesangkar 3 ekor kucing sekali. Tak sangka lak aku. Kucing aku kena suntikan dan bagi ubat. Kena bayar RM15. Amek resit kat kaunter, kira-kira semula RM13 je, amek baki semula RM2. Terlepek baring je kucing aku dalam keta, tak aktif cam biasa. Muka monyok je. Aku balik rumah mertua terus pastu. Bagi makan ubat secara paksa, hari sabtu dah boleh jalan cam biasa, kembali aktif. Tatau apa penyakit sebenar dan nape boleh kena camtu. Janji baik ok la.
   Kehidupan selesa tu penting untuk semua makhluk. Apa nak jadi dengan mahkluk ganas yahudi yang membedil jasad dan jiwa manusia. Bangsa zalim yang tak menghargai makhluk Allah. Anak-anak kecil, orang tua dan wanita mati dibunuh dengan peluru-peluru tak bermata. Hanya Allah SWT yang dapat membalas kejahatan mereka…

Selamatkan Palestine!

Sejak sejak 27 Disember  lalu, ramai manusia yang dah terkorban di Palestin. Tak kira orang tua, wanita dan kanak-kanak. Zionis israel terus menyerang berhari-hari. Tiada keseimbangan dari segi senjata dan logistik. Rakyat Palestin mana ada apa. Setakat roket pejuang Hamas cukup untuk menggentarkan bangsa yahudi lantas itulah alasan yang paling koman untuk membunuh rakyat Palestin.
korban-palestin
    Semalam aku nak beli suratkhabar pun tak jadi. Muka depan gambar mangsa terkorban. Tak sanggup aku nak tengok. Anak-anak kecil  yang tak berdosa, yang sedang bermain-main mati dibedil penjahat yahudi. Zionis israel didalangi oleh Amerika. Bila tengok drama-drama dan filem Amerika, selalu dorang tonjolkan kasih sayang kat anak-anak dorang. Bukan main baik. ‘Open minded’ dan saling memahami dan keluarga dorang hidup dalam aman damai tapi dalam masa yang sama ada insan lain yang hidup menderita atas sokongan kerajaan dorang kat zionis israel. Mereka melindungi kepentingan si pembunuh. Sebab tu aku suka tengok negara Amerika mendapat bencana tak kira dalam bentuk apa pun. Punca segala keganasan yang berlaku di seluruh dunia. Pembekal senjata dan pengadu domba. Walaupun banyak menda yang berteknologi yang memudahkan orang dicipta oleh Amerika, tu bukan sebab dorang boleh jadi polis dunia.  Melindungi pengganas yahudi israel.
  Pada aku, setiap rakyat israel tu halal darahnya. Bunuh dapat pahala. Kira jihad la. Sebabnya, sapa-sapa yang duduk kat negara haram tu ibarat membenarkan bangsa lain diusir, dibunuh, disekat kehidupannya di tanahairnya sendiri. Sapa-sapa yang tak bersetuju dengan kerajaan zionis tu, baik tinggal negara halal yang lain. Bukan dok kat negara yang dibina dengan darah dan tangisan bangsa lain. Kes buli yang amat berat.
mh_01_1
      Sapa-sapa yang ada anak, saudara mara, ibubapa dan kawan-kawan tentu lebih memahami jiwa yang kehilangan orang yang tersayang. Tak dapat aku bayangkan kalau negara kita kena serang dengan sebegini rupa. Mana saudara seislam di seluruh dunia yang dapat membantu rakyat palestin. OIC yang diterajui Malaysia cuma boleh wat bantahan dan seangkatan dengannya. Zionis tak takut langsung. Kenapa pertubuhan OIC tak wujudkan tentera OIC eh untuk melindungi mana-mana negara islam yang diserang dan ditindas. Tengok orang kristian, dorang wujudkan NATO dalam kawasan eropah bukan je untuk melindungi negara mereka tapi sekaligus untuk agama sesat mereka. Ni lah masalahnya kalau hidup terhutang budi dengan negara-negara kafir. Amerika berbaik-baik dengan negara arab cuma nak beli minyak dengan harga ‘member’ dan juga nak jual senjata je. Selain daripada tu, memag takde laa.
   Bila ntah nak berakhir penjajahan ni. Jumaat ni ada solat hajat beramai-ramai kat masjid jamek Batu Pahat lepas solat jumaat. Sebagai umat islam, kita yang dok jauh ni hanya mampu beri sumbangan dari segi material, juga doa untuk keselamatan mereka. Bila agaknya tentera-tentera jihad akan wujud untuk melindungi agama islam dan kepentingannya. Harap-harap akan muncul ‘salahudin al-ayubi’ yang kedua untuk menyatukan semua umat islam seluruh dunia insyAllah….
  Cuti krismas 25hb sampai la 27hb aku masih di Parit Raja. Bersama bapa mertua buat asas untuk kabinet dapur. Panjang gak 13kakix5kaki. Mahal nak wat ’tile’ dan kabinet bawah nanti. Gasak je la alang-alang buat. ‘Tile’ ngan kabinet aku nak suruh orang kedai perabot yang buat. Sebab peralatan tak cukup. Lagipun keja-keja potong ’tile’ agak tinggi sket kemahirannya untuk potong secara bulat dibahagian penjuru.
                                      Kerja-kerja mengukur dan menampal oleh bapa mertua.

   Ada panggilan dari member lama masa aku keja kat Muar dulu. Dia orang Pagoh dan selalu la gi Tangkak katanya. Dah lebih 4 tahun aku tak jumpa member ni sejak keja kat Parit Raja. Ahad aku balik Tangkak. Jumpa dia kat kedai makan. Tak sangka lak dia dah guna keta mercedes kompressor 230. Rupa-rupanya dah 9 bulan dia berenti keja kilang dan buka syarikat pengangkutan. Hebat gak dia. Pandai cari duit.  630pm aku jumpa dia dan kul 655pm aku balik umah sebab malam ni akhir dan awal tahun bulan hijriah. Dia masih di kedai makan tu bersama 2 orang rakan. Aku tak sempat nak bertanya camne dia bleh dapat ‘lubang’ meniaga tu. Masa tak sesuai sebab dah nak magrib. Aku nak siap-siap gi surau kampung aku. Lain kali je la aku ‘korek rahsia’  kejayaannya nanti.
     Semalam aku tengok wayang ngn isteriku cite ‘IPMan’. Cite berkisar tahun awal 30′an di Fushan, China tentang kungfu. IPMan tu bekas tok guru Bruce Lee. Best gak cite tu. Pukul 950pm aku tengok dan abeh pukul 1150pm. Malam tahun baru masihi aku tak sambut jadi balik rumah terus rehat-rehat. Tengok kat dalam tv bukan main lagi bangsa seagama aku sambut kat dataran merdeka. Orang yang tak tahu sejarah memang susah nak diajar. Sapa la yang melalaikan saudara seagama kita dengan hiburan tu. Konsert je tak abeh-abeh. Yang pasti esok hari bertaburan la sampah-sampah, kondom dan botol arak merata. Kebiasaan bila ada sambutan besar-besaran disana.
  Johor tak amek cuti tahun baru masihi. Awal muharam je amek. Wat macam biasa je. Yang pasti bagi aku, umur semakin meningkat. Apa azam dan perancangan untuk tahun ini masih berlegar-legar diminda. Ahh..keja banyak ni tak sempat nak plan. Lagipun aku masih sibuk kemas rumah. Masuk rumah baru la katakan jadi pemikiran banyak menghala ke rumah. Ada perkara yang perlu diselesaikan.