Demonstrasi di seluruh dunia. Rakyat yang memahami penderitaan rakyat Palestin, bangkit dan memprotes zionis. Baik di Eropah dan Asia. Seruan boikot produk yahudi. Ada yang meremehkan seruan ini. Alasannya kebanyakan produk yahudi memenuhi pasaran. Yang ‘kelas’ dan ‘branded’. Nampaknya kita masih belum ada jiwa untuk berjihad. Masih segar ayam KFC dan Mcdonald ditekak.
Ada member aku cakap, KFC adalah kepunyaan orang kita, melayu islam. Pengarahnya orang melayu. Tapi pada aku berapa ramai orang kita yang jadi jaringan zionis sendiri. Memang orang kita semua. Kalau pasaraya Tesco tutup atau diboikot, dimana orang kita nak kerja? tu persoalan yang banyak kawan-kawan timbulkan. Seolah-olah kita mengharapkan rezeki yang diberikan oleh jaringan zionis dan kalau takde la pasaraya atau produk-produk yahudi ni, orang kita akan berada dalam kesusahan. Kira darurat.
Diibarat kalau nak nampak ‘real’, jaringan zionis bagi kontrak kat orang kita wat kilang senjata atau bom kat Malaysia dan pekerjanya adalah orang kita gak dan senjata-senjata tersebut digunakan untuk membunuh rakyat Palestin, masihkan kita boleh kata kita tiada pilihan? Cuma yang sampai kat negara kita ni adalah produk-produk makanan dan pakaian tapi duit juta-juta yang mengalir, keuntungan jaringan zionis ni juga akan mengalir ke negara israel. Benda ni tak nampak. Terlalu halus untuk difikir.
Camne nak jihad kalau dalam bab-bab kecil ni kita tak boleh bersatu. Mungkin dah terlalu lama kita di ‘amerika’kan. Gaya hidup barat nampak kelass. Perlu ada kesedaran oleh umat islam. OIC pun cuma ‘ooo..i see…’. Negara arab pun susah nak bersatu walhal kiblat sama. Ponin palo…Sapa la mujadid abad ni yang akan keluar untuk menyatukan umat islam. Apa-apa hal pun dalam bab jihad ni, Rasullullah saw dah berpesan, jihad melawan hawa nafsu tu lagi besar. Tundukan hawa nafsu dulu.
Dah sedia ke nak boikot produk yahudi ni? Sapa-sapa yang keja ngan kilang yahudi ni, ada ke sapa-sapa umat islam (yang kaya raya) yang nak amek dorang keja? Bila ada yang pergi, mesti ada pengganti. Boikot KFC, mcdonald tu mesti ada makanan lain yang sama kualiti dibuat oleh umat islam. Macam coca-cola, kita tukar kepada mecca cola( cuma tak bape meluas air ni-tak jumpa kat Parit Raja atau Batu Pahat). Kalau nak boikot kena la usaha sesuatu yang lain sebagai pengganti. Jangan cakap je. Sesapa umat islam yang berkemampuan, digalakkan menceburi industri makanan secara meluas. InsyAllah ekonomi islam akan teguh dan ekonomi zionis akan jatuh tersungkur. 1.5 billion umat islam kat dunia ni. Bersatu kita teguh. Boikot produk yahudi!!!
(Gambar pelajar disalah sebuah Universiti, Johor, 2.30pm )
No comments:
Post a Comment