Aku ‘gerak’ dari kampung dalam lingkungan lepas magrib selepas solat. Bawa keta lama aku pelan-pelan. Sambil layan ceramah Ustaz Ismail Kamus. Memang jadi ‘amalan’ aku layan ceramah-ceramah agama sebab rasa seronok bila tau sesuatu ilmu agama, rasa tenang dan banyak yang nak kena belajar. Lagipun jiwa aku kadang-kadang tak boleh nak dengar muzik, sampai tahap tak nak dengar apa-apa yang kuar daripada radio. Diam je senyap-senyap dalam keta. Dulu rajin la layan cd lagu-lagu metal macam Megadeth, Metallica, As sahar, Sil Khannas dan aliran yang sewaktu dengannya cuma makin lama makin pudar lak rasa nak dengar. Sesekali je layan bila terasa nak layan. Suma cd-cd tu masih aku simpan dengan elok wat kenangan nanti.
Perjalanan dari kampung aku ke Batu Pahat ni mengambil masa sejam gak la dan sebab aku bawa pelan-pelan dalam lingkungan 80km-90km je jadi ada la terlebih dalam 10min selepas sejam. Perjalanan hakiki aku sebenarnya menuju ke Parit Raja. Pukul 9malam baru la sampai bandar Batu Pahat jadi aku amek keputusan singgah masjid jamek Batu Pahat. Jemaah pun memasing dah balik umah jadi lengang la dalam kawasan masjid tu.
Cuma aku nampak beberapa buah motorsikal je tapi orangnya ntah mana. Cam biasa la rasa nak terbuang air lak aku pun menuju ke bilik air. Semasa aku menuju kat bilik air tu aku terdengar cam bunyi pelik je kat tong jenazah sebelah hujung sudut dalam bulatan yang tak berbumbung. Aku wat dekk je la sebab mungkin aku terperasan je, terfikir gak menda-menda mistik ni tapi dalam masjid, awal lak tu baru kol 9, hantu pun belom ‘punch kard’ lagi jadi aku abaikan je. Aku dah tak tahan nak buang air peduli apa aku kalau ada pun. Makhluk Allah swt gak kan.
Dah sudah buang air kecik, aku pun menuju ke paip air tempat air wuduk untuk menyempurnakan tujuan asal datang ke masjid ni. Dalam perjalanan jalan kaki selepas keluar daripada bilik air tu, tetiba dengar bunyi orang macam meracau je kat arah tong jenazah tu tapi takde apa-apa pun yang aku nampak kat situ. Bunyi suara orang tengah bercakap kuat tapi aku tak faham dan jelas apa yang dituturkan. Cuak gak masa tu tapi aku kuatkan hati sebab aku yakin bukan hantu, jin atau syaitan. Bulu roma pun tegang kejab je pastu turun balik. Maknanya manusia la ni tapi mana, tak nampak lak. Aku terpaku kat situ, perhatikan je ke arah tong jenazah tu. Sekejab tu senyap je.
Tetiba je ada orang bangun dalam tong jenazah tu dengan rambut panjang kusut masai pakai baju putih dah lusuh. Kawasan situ agak gelap sebab lampu tak dipasang cuma mengharapkan cahaya lampu daripada kawasan sekelilingnya. Terperanjat gak aku tetiba je ada orang bangun dalam tong jenazah tu tapi kejab je la berderaunya sebab aku dah sedia awal-awal apa-apa kemungkinan yang berlaku.
(Sekadar gambar hiasan : Lebih kurang camni la rupa paras orang tu)
Dia dok dalam tong tu bangun pastu macam marah-marah je. Orang rupanya. Dah agak pun. Aku tenung je laki tu mungkin sebab tu dia marah-marah kot atau ada syaitan yang ganggu dia. Seram gak masa aku tenung dia lama-lama tetiba je bulu roma meremang. Aku bergegas amek air wuduk dengan segera dan masuk ke ruang solat tepi masjid. Pintu nak masuk dalam masjid dah berkunci, biasa la dah lepas waktu isyak. Suara laki tu menjerit meracau macam bunyi orang marah. Dari bahasanya aku jangkakan bahasa cina, mungkin orang tu orang cina.
Aku nak solat pun cuak je, ye la sebab orang kurang siuman ada dalam kawasan masjid. Malam lak tu cuma aku sorang je manusia yang waras kat situ. Aku rasa tak bape selesa nak solat kat masjid tu sebab mana tau nanti dia tetiba je hilang kewarasan tahap maksima dan ada lak senjata tajam cam pisau ke kayu singgah kat aku lak. Fikir punya fikir, daripada solat tak khusyuk, baik aku ‘blah’ je. Aku pun bergegas kuar dari masjid.
Aku singgah umah abang aku kat Parit Haji Sidek, kebetulan nak hantar barang yang mak aku kirimkan kat dia. Abang aku ada kat umah ngan anak bini tengok tv. Aku pun tumpang solat isyak kat umah dia. Pastu aku pun cite kat dia pasal nampak orang kurang siuman kat dalam masjid tu. Rupa-rupanya betullah orang tu orang cina dan penah kena tangkap bape kali masuk kat tempat orang gila , camne ntah boleh lepas dan boleh lak merayau masuk kawasan masjid. Abang aku cakap dah bape kali dia dok merayau kat masjid tu. Wat spoil aku je. Pas borak-borak lebih kurang aku pun balik Parit Raja. Sejak kejadian tu aku tetap singgah masjid tu kalau lalu untuk solat dan tak pernah nampak lagi orang yang kurang siuman tu. Dah kena tangkap kot. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment