Sunday, 11 November 2012

Program derma darah Pemangkin

Sabtu lepas 09/06/2012 aku dan rakan-rakan Pemangkin menghadirkan diri ke Farmasi Nur Parit Raja dengan tujuan menderma darah dan meramaikan majlis. Farmasi tersebut buat program derma darah dengan usahasama Hospital Batu Pahat. Ada juga yang membawa adik dan anak-anak sebab ada peraduan mewarna.  Cuaca agak redup pada pagi tu setelah hujan semalaman. Ramai juga yang hadir  dan meriah pagi tu dengan sambutan orang ramai sekitar Parit Raja.

Selepas mengisi borang pendaftaran dan pemeriksaan aku kena buat pemeriksaan darah terlebih dahulu untuk memastikan kepekatan darah. Darah aku kurang pekat dan hanya boleh menderma sebanyak 300ml sahaja berbanding ada yang boleh menderma sampai 450ml. Mula-mula cuak juga sebab baru pertama kali derma darah dan memikirkan jarum yang akan menusuk kekulit tapi bila teringat ni baru je jihad kecil jadi aku kuatkan semangat. Lawak juga sebab macam budak kecil yang dimomokkan dengan sunat walhal takde apa pun yang menakutkan.
Darah diambil daripada lengan sebelah kiri aku. Selepas 180ml tetiba darah terhenti dan membeku. Puas akak jururawat tu laraskan dan cuba untuk alirkan darah tapi tak menjadi. Terpaksalah cucuk jarum pada lengan kanan sebab masih tak cukup minimum 200ml. Sekejab  dah penuh beg darah tu 300ml sebab urat lengan kanan aku lebih besar, tu yang mencurah darah masuk.

Darah aku kena ambil sebanyak dua tabung untuk dihantar ke Hospital Johor Bahru dan Hospital Batu Pahat untuk diuji samaada mengandungi hepatitis A dan B atau HIV. Dalam masa dua minggu jika pihak hospital tidak menghubungi aku bermakna darah aku memang boleh digunakan oleh pihak hospital. Seronok juga derma darah ni. Satu kepuasan dapat membantu orang yang memerlukan. Satu pengalaman pertama dan berharga dan akan datang kalau ada program macam ni aku nak menderma lagi insyAllah. Kena jaga makan dan kesihatan supaya dapat membantu orang lain dan beramal ibadah.

No comments:

Post a Comment