
Aku dengan isteriku pun dah abeh belajar diploma di Politeknik Merlimau Melaka. Tunggu konvokesyen je, mungkin bulan 9. Ironinya insyAllah bulan 10 nanti isteriku akan bersalin. Sebelum belajar dapat sorang anak, masa belajar dapat sorang dan lepas belajar dapat lagi sorang alhamdulillah Allah swt nak bagi rezeki.
Dah abeh belajar ni rileks la sikit. Tak perlu fikir nak buat tugasan, kuiz, periksa dan seangkatan dengannya. Mak aku pun tak perlu jaga cucu. Kesian dia sebab anak kedua aku tu agak lasak, maklumlah lelaki. Dia pun tak berapa sihat. Memang ‘timing’ abeh belajar anak kedua aku tengah nak lasak sebab dah pandai merangkak dan memanjat.

Dah hampir 2 tahun aku tak buka blog aku ni. Email pun dah lama tak semak. Aku cuba padam email-email yang tak berguna. Bersihkan semula. Ibarat rumah yang dah lama tinggal. Macam-macam email masuk terutamanya iklan. Banyak perubahan dan peristiwa selama 2 tahun ni.
Aku baru je tanam sawit hasil perbincangan dengan mak aku yang nak pajak semula tanah kebun tu. Baik tanam sawit. Senang jaga. Ngam-ngam masa peperiksaan akhir tu sempat la siapkan projek sawit ni. Member yang pajak tanamkan. Ada la dalam 114 pokok. Bagi dia tumpang tanam pisang sementara sawit belum naik lagi. Boleh tolong jaga sekali sawit aku sebab aku balik kampung seminggu sekali.

Nanti dapat hasil boleh la bagi adik beradik sikit. Saham aku 50% tetap la sebab pengusaha. Mak aku bukan main suka lagi tengok sawit dah ditanam. Aku pun dapat rasa bahawa berbudi pada tanah insyAllah akan dapat hasil yang baik dan tengok hasil tanaman ni bagaikan terapi minda. Balik kampung dapat jengah mak dan kelapa sawit. Dua-dua tu pun terapi minda selain anak-anak dan isteri.
Sekarang ni banyak masa terluang jadi aku plan macam-macam. Terlibat dengan Pertubuhan Kebajikan Insan Prihatin Batu Pahat yang diasaskan bersama rakan-rakan dengan niat untuk melibatkan diri dengan masyarakat dengan membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. Dah didaftarkan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Johor pada bulan 10, 2011. Bergerak agak perlahan sebab kami tak cukup dana dan pada permulaan gunakan duit ahli yang dikutip setiap bulan untuk buat program.

Gambar kat atas tu masa aku pegi amek sijil atau surat kelulusan daripada ROS. Aku bersama pengerusi dan Setiausaha. Aku jadi bendahari dalam pertubuhan ni. Dengan pengalaman memasing yang kurang tapi berjalan la juga aktiviti pertubuhan yang sederhana ni.
Tuan pengerusi Pemangkin En. Khalid Othman
sedang memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan di kawasan Parit
Raja. Akan datang kalau dah ada kekuatan dana boleh la wat program
secara meluas. Esok pertubuhan Pemangkin ada terlibat dengan program
derma darah yang dianjurkan oleh Farmasi Sharifah Nur dengan kerjasama
Hospital Batu Pahat. Kami dalam 5-6 orang ahli tegar pemangkin
melibatkan diri dalam program tersebut insyAllah. Ni salah satu usaha
kecil yang dapat dilakukan. Tengahari esok plan nak pegi keja kawin di
Desa Temu Jodoh, Chaah. Pastu ke rumah mertua dan aku dan anak sulung
insyAllah bergerak balik ke Tangkak. Aku ada plan sikit mengenai
pengubahsuaian bilik air rumah mak. Wassalam.

No comments:
Post a Comment