(Gambar di Stesen minyak ESSO Parit Raja)
Lepas ‘shoping’ sket aku pun jemput isteri kat tempat kejanya. Dia bagitau harga seliter petrol naik RM0.78 menjadikan harga RM2.70. Pehh.. Kalo tak silap aku dengar cite Pak Lah nak kaji dan umumkan bulan Ogos nanti, tetiba lak leh naik hari sok. Aku pun bergegas la gi stesen minyak, kat Petronas keta dah berderet, aku isi kat Esso yang baru buka operasinya tak sampai sebulan. Keta dah beratur panjang, tiba giliran aku daripada pukul 640pm sampai la pukul 720pm baru la dapat isi. Terus isi tangki penuh. Siap bawa botol 5 liter amek kat bonet keta. Isi penuh gak. Pastu ujan lebat magrib tu aku pun balik rumah.
Siap mandi dan solat aku kuar smula gi tempat keja sebab ada keja lebih masa. Lalu kat stesen minyak, masih banyak kenderaan beratur panjang dengan harapan dapat mengisi dengan penuh tangki kenderaan mereka, harga petrol yang belum dinaikkan lagi. RM2.70 seliter agak mahal dan terbeban bagi mereka yang berpendapatan rendah dan berkeluarga besar. Apa jua mekanisme yang diambil untuk membantu mereka belum tentu memadai untuk menampung kos kehidupan mereka.
Macam-macam spekulasi yang kita dengan mengenai minyak, aku harap pemimpin-pemimpin negara dapat mencari kaedah yang sesuai untuk mengatasinya. Jangan kerana hendakkan pembangunan, hak rakyat diketepikan. Menjaga kepentingan minyak(dengan harga subsidi) bermakna menjaga kepentingan rakyat dan sebagai negara pengeluar minyak kita maklum dengan perkara ini.
Apa pun sebagai rakyat, kita kena hidup berjimat cermat dan belajar cara perjuangan hidup. Pemimpin atasan pun kena gak camtu supaya lebih ‘mesra rakyat’. Pasni tak leh la aku nak tengok wayang kat Summit Parade lagi, rugi minyak je baik tengok dvd kat umah je. Nak balik kampung selalu pun rasa beban je tapi aku bernekad selagi mak aku hidup lagi, aku akan tetap balik kampung gak sebab duit boleh dicari bila-bila masa je. Mak aku cuma hidup sekali je. Syurga dibawah tapak kaki ibu. Walaupun dah berkahwin, tu bukan satu alasan untuk aku mengurangkan aktiviti balik kampungku hehe…
No comments:
Post a Comment