Sunday, 11 November 2012

Imbas semula 2008

 Assalammualaikum wbt. Mei 2008. Baru saje 2 minggu aku melangsungkan perkahwinan. Dengan sekali lafaz nikah, tanpa gugup, alhmadulillah aku dah berjaya jadi suami orang. Menempuh alam perkahwinan setelah lama membujang. Hehe. Ada la membujang dalam suku abad. Isteriku muda 5 tahun. Kerja pun dibawah satu bumbung tapi besarlah bumbungnya dan masing-masing bekerja dibahagian masing-masing. Berbulan madu tak la jauh cuma Genting Highland je. 3 hari 2 malam di Hotel Sri Malaysia. Dapat la diskaun sikit. Aku dan isteri tersayang pun cuti 2 minggu, sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Kira lama gak la.
     Masa datang ke Tanah Tinggi Genting tu dalam kepala aku terfikir camne la tok Lim Goh Tong ni boleh terfikir nak wat projek jalan kat lereng bukit ni. Persoalan makin jelas dan bertambah bila aku naik kereta kabel dan sampai kat puncak ‘istana bunian’ kat atas tu. Melalui hutan rimba yang macam-macam mahkluk ada kat bawah tu tapi bila kat atas sekali sampai punya la besar dan canggihnya tempat tu. Ada taman permainan dan cuaca sejuk cam kat London lak. Cakap pun berasap-asap. Tatau la bape darjah celcius.
Genting High Lands 2.jpg
Uncle Lim lahir pada tahun 1918 dan datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Kemudian, beliau menceburkan diri dalam perlombongan bijih timah, getah, dan minyak kelapa sawit. Pasti mak bapak dia tak sangka yang dia akan berjaya sampai tahap sekarang. Berhijrah ke luar negara dan membina empayar.
Kerana kebijaksanaan dan hubungan rapat dengan Tunku Abdul Rahman, beliau diberi hak untuk membangunkan Tanah Tinggi Genting pada tahun 1964. Peluang keemasan tak disia-siakan. Bukan mudah nak dapat peluang ni kat negara orang, kita belum tentu berpeluang dapat peluang ni kalau tak iye-iye. Macam-macam tohmah yang dapat kalau nak buat idea yang diluar kotak pemikiran. Silap-silap boleh kena dengki dan khianat oleh bangsa sendiri. Sabar dan cekal tahap tinggi nak kena ada dalam diri, kalau tak abeh laa. Macam-macam permainan dibina dalam taman tema tersebut. Aku pun tak terlayan semua. Malas nak layan yang ‘hardcore’, layan yang biasa-biasa je hehe. Penin pala aku nanti.
Genting Highlands theme park.jpg
Main Go-kart, naik keta klasik, naik bot cam hoovercraft boleh la layan. Paling penin pun naik sampan yang berayun tu. Tu pun masa hayun turun dah nak sayup je jantung aku, tapi seronok la hehe. Suasana dalam First World Plaza punya la kelas, siap ada panggung teater, panggung wayang, pusat membeli belah dan macam-macam lagi. Tak terfikir yang aku berada di puncak bukit dan dikelilingi hutan belantara. Rimau ngan gajah pun ada kat hutan tu.
 Dah puas main permainan dan puas merayau kat dalam tu, aku pun cari la makan tapi punya la mahal. Ye la atas bukit, suma eksklusif. Tau bawa bekal je dari hotel sebab murah sket. Akhirnya aku ngn isteri berkongsi makan kat KFC- makan nasi ayam set. Kenyang gak wat alas perut je sebab kami plan nak makan kat kedai makan kawasan Hotel Sri Malaysia- murah cam harga kat kedai biasa, harga yang ikut piawai semasa jadi lebih baik berjimat-cermat. Lagipun ramai pelancong dari luar negeri yang datang sebab tu harga mahal.
Kesimpulan yang aku dapat lepas gi Tanah Tinggi Genting ni ialah kita orang melayu beragama Islam kena la rajin berusaha dan berani meneroka perkara yang baru. Berbudi pada tanah ada hasilnya. Berhijrah tu dengan niat suci murni untuk meningkatkan taraf hidup dalam diri tak kira la samaada mencari rezki atau ilmu. Kalau tak, bumi yang dipijak akan jadi milik orang. Kata Uncle Lim dalam bukunya ‘My Story’ , ”Andainya ada orang bertanya apakah kebahagian paling besar dalam hidup saya, saya akan terus menjawap bahawa kebahagiaan itu adalah ketika saya mendakap cucu-cucu saya dan menceritakan kepada mereka betapa saya membina Genting Highlands pada zaman silam..”. Huhu seorang penghijrah dari negara China datang dan membina empayar di Tanah Melayu adalah seorang yang hebat. Apa yang dapat kita ceritakan untuk anak cucu kita akan datang…?

No comments:

Post a Comment