Sunday, 11 November 2012

Imbasan 2009..Kelahiran Dhia Hana Insyirah

Assalammualaikum… Kejab je dah bulan 12, dah hujung tahun masehi. Dari bulan pose tuhari sampai sekarang baru aku nak buka blog ni hehe. Macam-macam perkara la yang berlaku kalau dah lama tak kemaskini sejak 2-3bulan lepas. Ni akibat suka wat keja tangguh-tangguh. Nak wat camne, bukan salah ibu mengandung..

Oh ye..alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana telah mengurniakan anak perempuan yang sihat walafiat dan sempurna. Aku selamat jadi bapa pada 17 Sep 2009 pada pukul 10.13pm mengikut catatan kak jururawat dan mak bidan yang bertungkus lumus ‘mengeluarkan’ bayi aku tu kat Hospital Batu Pahat. Aku cuma sempat masuk Bilik Bersalin dan tengok bayi aku ngam-ngam kuar lepas terima panggilan daripada mertua aku . Masa tu pukul 10.05pm, aku kat belakang jlan Rahmat, tengah ‘tapow’ makanan untuk berbuka pose sebab masa magrib aku cuma dapat makan 3 ketul buah kurma je. Terus aku bergegas masuk hospital semula.

    Alhamdulillah la isteri aku pun selamat gak. Aku sempat la dok kat dia masa lepas bersalin, baby tengah dibersihkan oleh jururawat. Pastu aku azan dan qamatkan sekali bayi pompuan aku tu kat dalam bilik perempuan bersalin. Selamat semuanya. Alhamdulillah. Aku dan istriku bagi nama dia Dhia Hana Insyirah bermaksud cahaya ketenangan dan kemudahan dalam hidup. 2 hari lepas tu umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Rupa-rupanya anak aku kuar cepat sebab nak sambut hari raye..leh dapat duit raye hehe.. ikut jadual raya ke4 baru ‘due date’. Baguslah kuar awal pun takpe sebab semua tu urusan Allah swt. Dia yang menentukan segalanya.

No comments:

Post a Comment