Sunday, 11 November 2012

Imbasan..Jan 2009

Jumaat lepas tak pasal-pasal aku ngan orang umah amek keluar 3jam waktu pejabat pasal hantar kucing peliharaan gi Pejabat Haiwan. Kucing jantan remaja tengah manja-manja. Tengahari sebelum tu kitaorang balik sebelum solat jumaat, kucing tu terbaring kat tengah jalan depan rumah. Ingatkan saje lepak-lepak. Bila kucing tu bangun, jalan pun dah tak betul pastu terhoyong-hayang pala cam mamai. Nape ntah. Ingatkan kena langgar atau demam. Picit kaki dan rasa badan tak lak menjerit dan panas.

    Kul 3pm gerak gi Pejabat Haiwan Batu Pahat. Ramai gak yang hantar kucing peliharaan petang tu. Ada yang bawa sesangkar 3 ekor kucing sekali. Tak sangka lak aku. Kucing aku kena suntikan dan bagi ubat. Kena bayar RM15. Amek resit kat kaunter, kira-kira semula RM13 je, amek baki semula RM2. Terlepek baring je kucing aku dalam keta, tak aktif cam biasa. Muka monyok je. Aku balik rumah mertua terus pastu. Bagi makan ubat secara paksa, hari sabtu dah boleh jalan cam biasa, kembali aktif. Tatau apa penyakit sebenar dan nape boleh kena camtu. Janji baik ok la.
   Kehidupan selesa tu penting untuk semua makhluk. Apa nak jadi dengan mahkluk ganas yahudi yang membedil jasad dan jiwa manusia. Bangsa zalim yang tak menghargai makhluk Allah. Anak-anak kecil, orang tua dan wanita mati dibunuh dengan peluru-peluru tak bermata. Hanya Allah SWT yang dapat membalas kejahatan mereka…

No comments:

Post a Comment