Cuti krismas 25hb sampai la 27hb aku masih di Parit Raja. Bersama
bapa mertua buat asas untuk kabinet dapur. Panjang gak 13kakix5kaki.
Mahal nak wat ’tile’ dan kabinet bawah nanti. Gasak je la alang-alang
buat. ‘Tile’ ngan kabinet aku nak suruh orang kedai perabot yang buat.
Sebab peralatan tak cukup. Lagipun keja-keja potong ’tile’ agak tinggi
sket kemahirannya untuk potong secara bulat dibahagian penjuru.
Kerja-kerja mengukur dan menampal oleh bapa mertua.
Ada panggilan dari member lama masa aku keja kat Muar dulu. Dia
orang Pagoh dan selalu la gi Tangkak katanya. Dah lebih 4 tahun aku tak
jumpa member ni sejak keja kat Parit Raja. Ahad aku balik Tangkak. Jumpa
dia kat kedai makan. Tak sangka lak dia dah guna keta mercedes
kompressor 230. Rupa-rupanya dah 9 bulan dia berenti keja kilang dan
buka syarikat pengangkutan. Hebat gak dia. Pandai cari duit. 630pm aku
jumpa dia dan kul 655pm aku balik umah sebab malam ni akhir dan awal
tahun bulan hijriah. Dia masih di kedai makan tu bersama 2 orang rakan.
Aku tak sempat nak bertanya camne dia bleh dapat ‘lubang’ meniaga tu.
Masa tak sesuai sebab dah nak magrib. Aku nak siap-siap gi surau kampung
aku. Lain kali je la aku ‘korek rahsia’ kejayaannya nanti.
Semalam aku tengok wayang ngn isteriku cite ‘IPMan’. Cite
berkisar tahun awal 30′an di Fushan, China tentang kungfu. IPMan tu
bekas tok guru Bruce Lee. Best gak cite tu. Pukul 950pm aku tengok dan
abeh pukul 1150pm. Malam tahun baru masihi aku tak sambut jadi balik
rumah terus rehat-rehat. Tengok kat dalam tv bukan main lagi bangsa
seagama aku sambut kat dataran merdeka. Orang yang tak tahu sejarah
memang susah nak diajar. Sapa la yang melalaikan saudara seagama kita
dengan hiburan tu. Konsert je tak abeh-abeh. Yang pasti esok hari
bertaburan la sampah-sampah, kondom dan botol arak merata. Kebiasaan
bila ada sambutan besar-besaran disana.
Johor tak amek cuti tahun baru masihi. Awal muharam je amek. Wat
macam biasa je. Yang pasti bagi aku, umur semakin meningkat. Apa azam
dan perancangan untuk tahun ini masih berlegar-legar diminda. Ahh..keja
banyak ni tak sempat nak plan. Lagipun aku masih sibuk kemas rumah.
Masuk rumah baru la katakan jadi pemikiran banyak menghala ke rumah. Ada
perkara yang perlu diselesaikan.
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment