Ni cuma cerita yang berlaku dalam 4 bulan yang lepas. Masa
tu aku bujang lagi. Aku pun tak berapa ingat tarikh yang sebenarnya cuma
yang pasti berlaku pada hari ahad malam isnin. Sebabnya tiap-tiap
minggu aku balik kampung lepas waktu kerja pada hari jumaat dan balik
semula kedaerah ini pada hari ahadnya sebab hari isnin dah mula
bekerja.. dan lokasi masjid ini adalah di daerah Batu Pahat. Masjid
besar.
Aku ‘gerak’ dari kampung dalam lingkungan lepas magrib selepas
solat. Bawa keta lama aku pelan-pelan. Sambil layan ceramah Ustaz
Ismail Kamus. Memang jadi ‘amalan’ aku layan ceramah-ceramah agama sebab
rasa seronok bila tau sesuatu ilmu agama, rasa tenang dan banyak yang
nak kena belajar. Lagipun jiwa aku kadang-kadang tak boleh nak dengar
muzik, sampai tahap tak nak dengar apa-apa yang kuar daripada radio.
Diam je senyap-senyap dalam keta. Dulu rajin la layan cd lagu-lagu metal
macam Megadeth, Metallica, As sahar, Sil Khannas dan aliran yang
sewaktu dengannya cuma makin lama makin pudar lak rasa nak dengar.
Sesekali je layan bila terasa nak layan. Suma cd-cd tu masih aku simpan
dengan elok wat kenangan nanti.
Perjalanan dari kampung aku ke Batu Pahat ni mengambil masa
sejam gak la dan sebab aku bawa pelan-pelan dalam lingkungan 80km-90km
je jadi ada la terlebih dalam 10min selepas sejam. Perjalanan hakiki aku
sebenarnya menuju ke Parit Raja. Pukul 9malam baru la sampai bandar
Batu Pahat jadi aku amek keputusan singgah masjid jamek Batu Pahat.
Jemaah pun memasing dah balik umah jadi lengang la dalam kawasan masjid
tu.
Cuma aku nampak beberapa buah motorsikal je tapi orangnya
ntah mana. Cam biasa la rasa nak terbuang air lak aku pun menuju ke
bilik air. Semasa aku menuju kat bilik air tu aku terdengar cam bunyi
pelik je kat tong jenazah sebelah hujung sudut dalam bulatan yang tak
berbumbung. Aku wat dekk je la sebab mungkin aku terperasan je, terfikir
gak menda-menda mistik ni tapi dalam masjid, awal lak tu baru kol 9,
hantu pun belom ‘punch kard’ lagi jadi aku abaikan je. Aku dah tak tahan
nak buang air peduli apa aku kalau ada pun. Makhluk Allah swt gak kan.
Dah sudah buang air kecik, aku pun menuju ke paip air tempat air
wuduk untuk menyempurnakan tujuan asal datang ke masjid ni. Dalam
perjalanan jalan kaki selepas keluar daripada bilik air tu, tetiba
dengar bunyi orang macam meracau je kat arah tong jenazah tu tapi takde
apa-apa pun yang aku nampak kat situ. Bunyi suara orang tengah bercakap
kuat tapi aku tak faham dan jelas apa yang dituturkan. Cuak gak masa tu
tapi aku kuatkan hati sebab aku yakin bukan hantu, jin atau syaitan.
Bulu roma pun tegang kejab je pastu turun balik. Maknanya manusia la ni
tapi mana, tak nampak lak. Aku terpaku kat situ, perhatikan je ke arah
tong jenazah tu. Sekejab tu senyap je.
Tetiba je ada orang bangun dalam tong jenazah tu dengan rambut
panjang kusut masai pakai baju putih dah lusuh. Kawasan situ agak gelap
sebab lampu tak dipasang cuma mengharapkan cahaya lampu daripada kawasan
sekelilingnya. Terperanjat gak aku tetiba je ada orang bangun dalam
tong jenazah tu tapi kejab je la berderaunya sebab aku dah sedia
awal-awal apa-apa kemungkinan yang berlaku.
(Sekadar gambar hiasan : Lebih kurang camni la rupa paras orang tu)
Dia dok dalam tong tu bangun pastu macam marah-marah je. Orang
rupanya. Dah agak pun. Aku tenung je laki tu mungkin sebab tu dia
marah-marah kot atau ada syaitan yang ganggu dia. Seram gak masa aku
tenung dia lama-lama tetiba je bulu roma meremang. Aku bergegas amek air
wuduk dengan segera dan masuk ke ruang solat tepi masjid. Pintu nak
masuk dalam masjid dah berkunci, biasa la dah lepas waktu isyak. Suara
laki tu menjerit meracau macam bunyi orang marah. Dari bahasanya aku
jangkakan bahasa cina, mungkin orang tu orang cina.
Aku nak solat pun cuak je, ye la sebab orang kurang
siuman ada dalam kawasan masjid. Malam lak tu cuma aku sorang je manusia
yang waras kat situ. Aku rasa tak bape selesa nak solat kat masjid tu
sebab mana tau nanti dia tetiba je hilang kewarasan tahap maksima dan
ada lak senjata tajam cam pisau ke kayu singgah kat aku lak. Fikir punya
fikir, daripada solat tak khusyuk, baik aku ‘blah’ je. Aku pun bergegas
kuar dari masjid.
Aku singgah umah abang aku kat Parit Haji Sidek,
kebetulan nak hantar barang yang mak aku kirimkan kat dia. Abang aku ada
kat umah ngan anak bini tengok tv. Aku pun tumpang solat isyak kat
umah dia. Pastu aku pun cite kat dia pasal nampak orang kurang siuman
kat dalam masjid tu. Rupa-rupanya betullah orang tu orang cina dan
penah kena tangkap bape kali masuk kat tempat orang gila , camne ntah
boleh lepas dan boleh lak merayau masuk kawasan masjid. Abang aku cakap
dah bape kali dia dok merayau kat masjid tu. Wat spoil aku je. Pas
borak-borak lebih kurang aku pun balik Parit Raja. Sejak kejadian tu
aku tetap singgah masjid tu kalau lalu untuk solat dan tak pernah nampak
lagi orang yang kurang siuman tu. Dah kena tangkap kot. Wallahualam.