Sunday 11 November 2012

Imbasan Jun 2012..Bebaskan Palestine

  Baca dalam Malaysiakini tadi, semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.  Alhamdulillah. Besar pengorbanan tu bila pergi ke tempat yang amat bahaya seperti negara haram israel tu.  Setiap hati zionis yahudi memang menganggap dan selalu syak kepada orang luar yang ingin membantu rakyat palestin. Mereka syak penyeludupan senjata untuk kegiatan menyerang yahudi walhal merekalah pengganas yang merampas tanah rakyat palestin. Bayangkanlah kalau tetiba kampung kita didatangi sebatalion tentera asing lengkap dengan senjata, kereta kebal dan jentolak. Kemudian menyerang rumah-rumah dengan bazooka, kereta kebal dan kemudian merobohkan dengan jentolak. Orang-orang kampung yang cuba melawan dibunuh dengan kejam, kalau tak melawan pun dibunuh juga. Begitulah nasib penduduk palestin, dahulu dan sampailah sekarang…

    Dengan kanak-kanak pun memang takde belas kasihan asalkan mereka penduduk paletin.
View Image
  Sedikit demi sedikit tanah palestine dirampas sejak penubuhan negara haram itu pada tahun 1948 hingga sekarang ni.
      Lagi 2 minggu Bolasepak Piala Dunia jadi tumpuan seluruh umat manusia untuk menyaksikan dan memperkatakannya. Aku harap kisah-kisah penderitaan dan perjuangan membebaskan rakyat palestin daripada kekejaman zionis seharusnya diteruskan oleh media masa dan elektronik, bukannya bermusim. Ia wajib diteruskan sehingga merdekanya negara Palestin dan berkuburnya negara haram israel. Bimbang sekiranya semua media tertumpu kepada bolasepak piala dunia, masa inilah zionis membantai penduduk palestin terutama di Gaza untuk menyambung kebencian dilubuk hati mereka.
    Pagi tadi di tv3 ada temuramah Pengerusi NGO dan apa yang menarik minat aku nak cerita kat sini ialah soalan bernas daripada Wardina iaitu perlukan tentera islam diwujudkan untuk membantu melindungi penduduk palestin daripada kekejaman zionis dan beliau menjawab kita tak perlu guna tentera sebab tengok contoh Afrika Selatan yang dahulunya pemerintahan dasar apartheid akhirnya aman tanpa guna kekerasan. Aku hormati dan kagumi dengan kerja amal beliau dan NGOnya dalam membantu memberi bantuan kepada penduduk Gaza tapi sampai bila penderitaan itu akan berakhir. Pendapat itu takde unsur jihad iaitu bila kita ditindas dan hak dirampas wajib kita bangun dan bersatu menentang musuh islam. Apa gunanya OIC. Sepatutnya OIC dijadikan medium terbaik untuk mewujudkan tentera islam. Ada lebih 150 buah negara dan setiap negara menyumbangkan tentera jihad memasing dengan kekuatan ekonomi. Kebanyakkan negara islam ada minyak dan OPEC sendiri dianggotai oleh kebanyakan negara islam.
  Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.

Firman Allah dalam Surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud;

 “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”.

  “Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan Kami adalah Allah”. 

    Negara haram israel didirikan dengan darah rakyat palestin… bacalah sejarahnya sejak runtuh Daulah Khalifah Uthmaniyah pada tahun 1924. Gabungan negara-negara islam dibawah satu panji yang ingin menegakkan hukum-hukum syariah islam dan islam sebagai carahidup  sepatutnya diberi perhatian oleh setiap orang-orang islam. InsyAllah.

No comments:

Post a Comment