Tuesday 17 September 2013

Tragedi dan airmata

Sabtu lepas penduduk Bandar Tangkak dikejutkan dengan kes pembunuhan Pakcik Adam, peniaga daging di Pasar Awam Tangkak. Aku balik sekeluarga masa tu. Arwah kena tembak dikepala oleh menantunya juga seorang anggota polis yang bertugas di Pondok Polis Felda Cempelak. Suspek dah bunuh isterinya terlebih dahulu (petang sabtu 14 september 2013) di Felda Cempelak dan kemudian suspek bawa anaknya yang berusia 2 tahun ke rumah mertuanya di Jalan Padang Lerek 1 Tangkak. Dekat je rumah mangsa dengan kedai yang aku selalu hantar air alfalfa. Suspek dikatakan nak cari mak mertuanya tapi tiada sebab pergi ke pasar malam. Kebetulan mangsa nak pergi ke masjid berdekatan dan berlaku pertengkaran kecil lantas suspek terus menembak di kepala mangsa. Mangsa meninggal di hospital Tangkak manakala suspek menembak kepala sendiri dan mati ditempat kejadian.
     Aku masa tu sedang bersedia tunggu bola perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka, Malaysia menentang Myanmar yang berkesudahan kemenangan kepada Malaysia. Malam tu aku tak keluar. Ingatkan nak jengah tempat kejadian tapi memandangkan masalah kesihatan aku lepak rumah je. Akak aku yang tinggal Muar telefon bagitau mak aku pasal kes tu. Sedih dan kesian kat mangsa tapi dah suratan takdir. Tinggal anak kecil yang tak berdosa, kehilangan ibubapa dan atok. Tentu tertanya-tanya apa yang berlaku. Cari mak bapa yang dah tiada. Allah SWT dah takdirkan begitu. Dengar cerita nenek sebelah maknya (Tangkak) nak jaga cucunya tu. Apa sebab suspek bunuh isteri dan mertuanya tak diketahui cuma dikatakan ada masalah rumahtangga. Lepas tu bunuh diri. Memang nekad dan tragik.
    Memang kalau nak beli daging biasanya dengan si arwah. Malah masa kerja kawin aku tahun 2008 pun aku dengan mak pergi ke rumah arwah buat tempahan daging. Arwah dibantu oleh anak lelakinya yang berumur 34 tahun. Bawah umur aku je dan sekolah rendah sama dulu (Sekolah Rendah Ledang). Mungkin dia penggantinya lepas ni meneruskan perniagaan arwah bapanya. Al fatihah untuk arwah Pakcik Adam.
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2013/9/15/mstar_jenayah/20130915195139&sec=mstar_jenayah

Wednesday 17 July 2013

Salam Ramadhan 1434Hijrah

       Alhamdulillah dah masuk 9 Ramadhan hari ni. Genap 9 hari umat islam berpuasa. Cuaca kali ni agak sejuk sebab selalu hujan. Biasanya bulan ramadhan terik dengan mentari tapi kali ni suasana redup. Macam biasa bulan ramadhan ni banyak persiapan nak dibuat untuk aidilfitri tapi aku sekeluarga dalam keadaan sederhana je. Cuma tukar langsir. Baju melayu aku pun dah sedia siap dapat masa sambutan Maulidur Rasul tuhari anjuran tempat kerja. Cuma bayar RM30 je untuk sepasang baju melayu. Baju isteri dan beli. Baju anak-anak je belum beli.
       Ramadhan kali ini aku berlima berbanding tahun lepas. Dengan kelahiran Dhia Hana Safiyya memberikan tambahan sinar. Duit zakat fitrah pun bertambah. Rezeki bertambah. Semoga berjumpa lagi ramadhan akan datang. Bulan dimana ganjaran pahala bertambah berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain untuk umat islam yang melakukan amal ibadah. Semoga kita dapat berebut peluang itu.

Sunday 12 May 2013

Pasca PRU13. Menang dalam kekalahan. Kalah dalam kemenangan.

    Berakhir sudah Pilihanraya Umum 13 Malaysia. Akhirnya Barisan Nasional berjaya kekalkan pemerintahan dengan majoriti mudah. Susut 7 kerusi parlimen. Tahun 2008 BN dapat 140 kerusi parlimen berbanding 2013 cuma 133 kerusi parlimen. Undi popular pula dimenangi oleh Pakatan Rakyat sebanyak 51% undi berbanding BN cuma mendapat 49% undi. Tahniah la kepada kedua-dua pemenang. Apa yang penting penambahbaikan dalam sistem pilihanraya dan juga sistem pentadbiran negara. Aku cadangkan setiap ahli parlimen dan DUN mestilah mengishtiharkan harta masing-masing selepas mengangkat sumpah. Ini untuk mengelakkan salahlaku dan rasuah dan sebagainya. Rakyat sentiasa memerhati dan sekarang zaman teknologi maklumat, mudah untuk seluruh rakyat tahu pergerakan dan tindakan wakil rakyat mereka.
     Isu perkauman perlu dielakkan. Pemimpin tidak perlu menyalahkan sesuatu kaum jika mereka menolak sesuatu parti kerana apa yang perlu ialah muhasabah diri. Selesaikan isu-isu yang berbangkit. Memberi sesuatu kepada rakyat bukan bermakna rakyat itu mudah untuk digula-gulakan. Ini kerana segala pemberian tersebut mereka anggap sebagai satu tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Aku juga berharap agar harga barang dan minyak petrol dikawal dan jangan dinaikkan supaya rakyat tidak terbeban. Bil api dan air tidak perlu dinaikkan tarifnya. Jaga kepentingan rakyat, bukan jaga kepentingan kapitalis. Mereka hanya berpaksikan keuntungan sahaja. Rakyat semakin matang dan bijak membuat keputusan. Apa pun kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku akan datang.

Wednesday 3 April 2013

Parlimen ke 12 dibubarkan..bersedia hadapai PilihanRaya ke-13!

        Semalam Dato Seri Najib umumkan pembubaran parlimen. Ia memang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia supaya mandat penuh dapat diberikan untuk pemerintahan yang baru. Memang kali ini pilihanraya agak sengit dan dikatakan ibu segala pilihanraya. Sebagai rakyat Malaysia aku dah berpeluang untuk mengundi iaitu pada tahun 2004 dan 2008. Kalau ikutkan sebenarnya pada tahun 1999 aku dah boleh mengundi tapi aku diantara 600,000 pengundi muda yang dinafikan untuk mengundi. Alasannya nama belum disenaraikan dalam senarai SPR. Ikut suka diaorang la. Apa pun peluang 5 tahun sekali memang kita kena penuhi dan laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat. Inilah kuasa rakyat yang menentukan tampuk pimpinan negara.
          SPR ada masa 60 hari untuk menentukan tarikh mengundi. Aku mengundi di Tangkak. Adun Tangkak dan Parlimen Ledang. Masih belum tukar tempat mengundi. Kalau mengundi di Parit Raja seronok juga tapi dengar cerita kena tukar alamat kad pengenalan, terus aku batalkan niat aku sebab aku masih sayangkan alamat Kg. Solok Tangkak yang ada pada kad pengenalan aku. He3.... Apa pun selamat menentukan masa depan negara! Wassalam.

Tuesday 12 February 2013

permulaan...

   Pejam celik dan tahun 2013. Kejab je masa berlalu bak kata Imam Al Ghazali yang jauh itu adalah masa yang meninggalkan kita dan yang paling dekat ialah kematian. Semalam genap umur aku yang ke 35 tahun. Terasa muda dan tua he3. Ye la orang lelaki semakin matang adalah lagi baik. Aku merancang nak perkukuhkan ilmu agama, perkukuhkan ekonomi dan perkukuhkan institusi keluarga supaya mantap dalam menghadapi masa depan.  Anak pun dah masuk tiga,  (lahir 29/9/2012) alhamdulillah. Anak yang sulung pun dah masuk sekolah 4 tahun (PASTI). Anak lelaki nombor dua tengah lasak dan manja. Apa pun bersukur kepada Allah swt diatas apa yang dikurniakan. Kena jaga amanah sebaiknya. Pastikan ajaran agama didahulukan meresap dalam hati dan jiwa sebab sekarang ni dah akhir zaman dan maknanya zaman fitnah berleluasa. Hanya dengan ilmu, taqwa dan iman menjadi benteng yang ampuh dalam menghadapi badai tersebut. Banyak masalah dapat diselesaikan jika ikut panduan al quran dan sunnah. Harap dapat la aku merealisasikan apa yang aku impikan in shaa Allah.
  

Sunday 11 November 2012

Imbasan Jun 2012..Bebaskan Palestine

  Baca dalam Malaysiakini tadi, semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.  Alhamdulillah. Besar pengorbanan tu bila pergi ke tempat yang amat bahaya seperti negara haram israel tu.  Setiap hati zionis yahudi memang menganggap dan selalu syak kepada orang luar yang ingin membantu rakyat palestin. Mereka syak penyeludupan senjata untuk kegiatan menyerang yahudi walhal merekalah pengganas yang merampas tanah rakyat palestin. Bayangkanlah kalau tetiba kampung kita didatangi sebatalion tentera asing lengkap dengan senjata, kereta kebal dan jentolak. Kemudian menyerang rumah-rumah dengan bazooka, kereta kebal dan kemudian merobohkan dengan jentolak. Orang-orang kampung yang cuba melawan dibunuh dengan kejam, kalau tak melawan pun dibunuh juga. Begitulah nasib penduduk palestin, dahulu dan sampailah sekarang…

    Dengan kanak-kanak pun memang takde belas kasihan asalkan mereka penduduk paletin.
View Image
  Sedikit demi sedikit tanah palestine dirampas sejak penubuhan negara haram itu pada tahun 1948 hingga sekarang ni.
      Lagi 2 minggu Bolasepak Piala Dunia jadi tumpuan seluruh umat manusia untuk menyaksikan dan memperkatakannya. Aku harap kisah-kisah penderitaan dan perjuangan membebaskan rakyat palestin daripada kekejaman zionis seharusnya diteruskan oleh media masa dan elektronik, bukannya bermusim. Ia wajib diteruskan sehingga merdekanya negara Palestin dan berkuburnya negara haram israel. Bimbang sekiranya semua media tertumpu kepada bolasepak piala dunia, masa inilah zionis membantai penduduk palestin terutama di Gaza untuk menyambung kebencian dilubuk hati mereka.
    Pagi tadi di tv3 ada temuramah Pengerusi NGO dan apa yang menarik minat aku nak cerita kat sini ialah soalan bernas daripada Wardina iaitu perlukan tentera islam diwujudkan untuk membantu melindungi penduduk palestin daripada kekejaman zionis dan beliau menjawab kita tak perlu guna tentera sebab tengok contoh Afrika Selatan yang dahulunya pemerintahan dasar apartheid akhirnya aman tanpa guna kekerasan. Aku hormati dan kagumi dengan kerja amal beliau dan NGOnya dalam membantu memberi bantuan kepada penduduk Gaza tapi sampai bila penderitaan itu akan berakhir. Pendapat itu takde unsur jihad iaitu bila kita ditindas dan hak dirampas wajib kita bangun dan bersatu menentang musuh islam. Apa gunanya OIC. Sepatutnya OIC dijadikan medium terbaik untuk mewujudkan tentera islam. Ada lebih 150 buah negara dan setiap negara menyumbangkan tentera jihad memasing dengan kekuatan ekonomi. Kebanyakkan negara islam ada minyak dan OPEC sendiri dianggotai oleh kebanyakan negara islam.
  Surah al-Baqarah, ayat 190 yang bermaksud;
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.

Firman Allah dalam Surah al-Haj, ayat 39-40, bermaksud;

 “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”.

  “Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan Kami adalah Allah”. 

    Negara haram israel didirikan dengan darah rakyat palestin… bacalah sejarahnya sejak runtuh Daulah Khalifah Uthmaniyah pada tahun 1924. Gabungan negara-negara islam dibawah satu panji yang ingin menegakkan hukum-hukum syariah islam dan islam sebagai carahidup  sepatutnya diberi perhatian oleh setiap orang-orang islam. InsyAllah.

Imbasan 2010..Bantah zionis!

Semalam dunia digemparkan dengan serangan kejam tentera ala komando zionis israel terhadap petugas-petugas misi bantuan(Gerakan Membebaskan Gaza) kepada penduduk Gaza. Ini termasuk aktivis Malaysia yang terlibat dalam penghantaran bantuan tersebut dibawah berbagai pertubuhan asasi. Seramai 19 orang terbunuh kebanyakannya rakyat Turki manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas anggota-anggota komando Israel menyerbu enam buah kapal yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang sedang dalam misi menghantar bantuan termasuk dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Genting Gaza semalam.
        Cerita pasal yahudi ni memang takkan habis sampai hari kiamat. Bacalah Al quran, dalam surah al Baqarah memang banyak menceritakan tentang yahudi ni. Tentang kedegilan dan penentangan mereka terhadap rasul Allah swt yang telah diturunkan pada mereka. Bangsa yang pernah membunuh nabi dan rasul ni takkan teragak-agak juga untuk membunuh bangsa selain daripada mereka jika ianya bertentangan dengan hawa nafsu mereka. Sejarah kekejaman yahudi juga menarik perhatian aku sejak dibangku sekolah lagi. Aku masih ingat lagi buku yang pertama aku beli masa sekolah rendah mengenai yahudi yang bertajuk ‘ Kekejaman yahudi terhadap umat islam’.  Yang lawaknya lepas aku abeh baca beberapa kali, aku bagi kat abang aku baca dan tanya kat dia , ‘ tak kejam pun yahudi ni, tapi tajuk buku kata kekejaman yahudi terhadap umat islam?’ abang aku pun baca sampai habis dan cite la memang buku ni cite pasal betapa sadisnya bangsa yang dilakhnat Allah ni. Masa tu aku masih belum memahami secara mendalam dan buku tu hanya tulisan, takde gambar sedangkan kanak-kanak  yang belum masuk sekolah menengah ni menuntut pemahaman cerita dan bergambar…
           Bila masuk menengah baru aku faham mengenai kewujudan negara haram israel dan pembunuhan bangsa palestin.. Yahudi menganggap bahawa mereka bangsa yang tiada negara dan tanah palestin adalah negara yang tanpa bangsa. Mereka menafikan kewujudan penduduk asal dan sebab itu mereka membantai penduduk asal. Masuk ke kampung dan menyerang mereka dengan kereta kebal dan senjata sedangkan penduduk kampung tiada senjata. Ibarat kampung kita tetiba diserang oleh puak komunis dengan kekuatan tentera dan kita hanya ada parang dan pisau rewang… mana nak seimbang… seperti peristiwa Sabra dan Shatila semasa Ariel Sharon laknatullah menjadi komandan tentera israel pada tahun 1982. Kedua-dua kampung tersebut dikepung dan tiada sorang pun yang selamat.  Bayi, kanak-kanak, perempuan, laki-laki , orang tua hatta haiwan ternakan semua mati ditembak, sembelih..dibunuh dengan berbagai cara.  Siapakan arkitek tragedi Sabra dan Shatila ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah Ariel Sharon yang merupakan bekas Perdana Menteri Israel. Beliaulah pemimpin pengganas yahudi yang pernah berkata,
• ”Saya berharap akan dapat menghalau keluar semua orang palestin dari Gaza dan Tebing barat ke Jordan.”
» (New York Times, 17hb Mei 1982)
• “Orang Arab yang baik adalah orang Arab yang telah mati”
» (Ha’aretz, 25hb Februari 1983).
• “Saya merasa sedikit kesal terhadap tragedi tersebut tetapi kenapa perlu saya memohon maaf atau merasa bertanggungjawab terhadapnya”
» (“The Accused” BBC- Panorama, 17/6/2001 ).
\
   Kita yang tinggal di negara yang aman damai setakat ini(?), kalau tak dapat pergi berjihad ke sana, sekurang-kurangnya hulurkanlah bantuan wang ringgit dan lain-lain sumber atau setiap kali solat jangan lupa doakan supaya tanahair Palestin dibebaskan daripada regim israel dan minta kepada Allah supaya regim israel dihancurkan dimukabumi ini supaya dunia lebih aman tenteram kerana dipercayai punca peperangan dimana-mana negara di dunia ini adalah didalangi oleh regim israel dengan kakitangannya diseluruh dunia..wallahualam….. itu yang aku cuba usahakan dan isyAllah istiqomah. Harap-harap negara kita aman damai dan wujudkan tentera dan pemimpin-pemimpin yang ingin mati syahid  dan sentiasa pertahankan negara daripada ancaman musuh-musuh agama, bangsa dan negara. Amin…Ya Robbal A’lamin…