Sunday, 11 November 2012

  Cuti krismas 25hb sampai la 27hb aku masih di Parit Raja. Bersama bapa mertua buat asas untuk kabinet dapur. Panjang gak 13kakix5kaki. Mahal nak wat ’tile’ dan kabinet bawah nanti. Gasak je la alang-alang buat. ‘Tile’ ngan kabinet aku nak suruh orang kedai perabot yang buat. Sebab peralatan tak cukup. Lagipun keja-keja potong ’tile’ agak tinggi sket kemahirannya untuk potong secara bulat dibahagian penjuru.
                                      Kerja-kerja mengukur dan menampal oleh bapa mertua.

   Ada panggilan dari member lama masa aku keja kat Muar dulu. Dia orang Pagoh dan selalu la gi Tangkak katanya. Dah lebih 4 tahun aku tak jumpa member ni sejak keja kat Parit Raja. Ahad aku balik Tangkak. Jumpa dia kat kedai makan. Tak sangka lak dia dah guna keta mercedes kompressor 230. Rupa-rupanya dah 9 bulan dia berenti keja kilang dan buka syarikat pengangkutan. Hebat gak dia. Pandai cari duit.  630pm aku jumpa dia dan kul 655pm aku balik umah sebab malam ni akhir dan awal tahun bulan hijriah. Dia masih di kedai makan tu bersama 2 orang rakan. Aku tak sempat nak bertanya camne dia bleh dapat ‘lubang’ meniaga tu. Masa tak sesuai sebab dah nak magrib. Aku nak siap-siap gi surau kampung aku. Lain kali je la aku ‘korek rahsia’  kejayaannya nanti.
     Semalam aku tengok wayang ngn isteriku cite ‘IPMan’. Cite berkisar tahun awal 30′an di Fushan, China tentang kungfu. IPMan tu bekas tok guru Bruce Lee. Best gak cite tu. Pukul 950pm aku tengok dan abeh pukul 1150pm. Malam tahun baru masihi aku tak sambut jadi balik rumah terus rehat-rehat. Tengok kat dalam tv bukan main lagi bangsa seagama aku sambut kat dataran merdeka. Orang yang tak tahu sejarah memang susah nak diajar. Sapa la yang melalaikan saudara seagama kita dengan hiburan tu. Konsert je tak abeh-abeh. Yang pasti esok hari bertaburan la sampah-sampah, kondom dan botol arak merata. Kebiasaan bila ada sambutan besar-besaran disana.
  Johor tak amek cuti tahun baru masihi. Awal muharam je amek. Wat macam biasa je. Yang pasti bagi aku, umur semakin meningkat. Apa azam dan perancangan untuk tahun ini masih berlegar-legar diminda. Ahh..keja banyak ni tak sempat nak plan. Lagipun aku masih sibuk kemas rumah. Masuk rumah baru la katakan jadi pemikiran banyak menghala ke rumah. Ada perkara yang perlu diselesaikan.

Kenangan 2008(Dipindahkan dari wordpress.com

      Sabtu 7hb Jun 2008, aku dan isteri gi keja kawin kat umah kenalan di Pekan Parit Raja, Johor. Umah kenalan tu dekat je depan kilang Fujitsu, Kg Pt Hakim. Tu pun datang dah lewat gak, hampir pukul 3 petang. Lauk masih banyak lagi. Hujan renyai. Ada ‘life band’ mendendangkan lagu-lagu lama zaman 60′an dan 70′an. Seronok gak layan. Asyik karaoke je setiap kali gi keja kawin.
        Dah abeh makan pun aku dan isteri masih layan je ‘life band’ tu, syok lak tengok brader yang main gitar lead ‘menggoreng’ gitar genre 60′an tu, lagipun ujan jadi aku pun cam malas nak gerak lagi. Dalam pukul 430 dorang pun abeh main ( dah nak masuk waktu asar), aku pun beredar pastu. Hujan pun dah reda sket. Masa kuar tu ada pulak polis wat ‘road blok’ kat Masjid Al- Riyadhus Solehin, dekat Pintas Puding. Baru je aku nak masuk kat masjid tu, tak jadi lak sebab dorang wat ‘road block’ tu betul-betul depan masjid.
       Aku pun tegak je la menuju ke Masjid Pt Jelutong. Abeh solat, aku ikut ‘jalan tikus’(jalan belakang kampung)  nak menuju ke pekan. Singgah kat kedai runcit Rahim Segar kat depan Petronas. Ada lak polis pasang kun keselamatan dan berjaga kat situ. Rupa-rupanya petang tu ada orang nak wat perhimpunan protes harga minyak. Patut la polis ‘melilau’ je sepanjang jalan. FRU pun ada datang satu lori, siap sedia kat seberang jalan. Dalam pukul 530 petang, lebih kurang 50 orang berhimpun kat tepi jalan sambil membawa sepanduk dan poster membantah kenaikan minyak.    
                                                                                               
Aku dan isteri memerhati dari jauh sebab nak beli barang keperluan dapur je. Sambil peratikan telatah dorang wat protes. Polis dan FRU berkawal siap sedia. Tukang protes memang kebanyakan ahli PAS dan keADILan la tu tapi keperitan harga minyak ni dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Aku sendiri terasa betapa tingginya nilai minyak tu dan terasa rugi klau dibazirkan semata-mata nak jalan-jalan tanpa tujuan. Gi keja pun naik motor laki bini. Dulu naik keta. Bukan apa, kat jalan Batu Pahat-Kluang ni, risiko kemalangan tinggi, keta dan lori pun bawa laju semacam je. Tawakkal je la.
      
(Sempat merakamkan gambar rakyat yang memprotes harga kenaikan minyak)
Dalam setengah jam je perhimpunan protes tu, pastu masing-masing gerak pulang. Keadaan terkawal. Takde kejadiaan yang tidak diingini berlaku. Lagipun dorang wat protes secara aman. Unit amal Pas pun ada turut sama mengawal keadaan. Aku dan isteri pun beredar dari situ setelah membeli sayur dan barang keperluan dapur. Aku dengar protes membantah harga minyak sedang berjalan diseluruh negara dan mereka yang terlibat meminta, merayu dan menekan kerajaan supaya menurunkan harga minyak dan mengkaji projek-projek mega yang tidak menguntungkan rakyat keseluruhannya.

2008 dalam kenangan

        Aku balik keja petang semalam dalam pukul 530pm. Pastu singgah pasar malam kat Taman U, membeli barang keperluan dapur. Sorang je sebab isteri aku kat pekan dan aku lak malas nak berpatah semula jadi lebih baik aku beli apa yang dia pesan je. Jumpa lak member-member tanya “mana bini, dulu bujang jalan sorang ni dah kawin pun sorang gak ke hehe” . Aku jawab la tak bawa la sebab nak berulang semula, minyak mahal sekarang ni jadi kena la jimat sket. Takat nak beli barang-barang sket ni tak yah la buang masa kat atas jalanraya.

(Gambar di Stesen minyak ESSO Parit Raja)        
    Lepas ‘shoping’ sket aku pun jemput isteri kat tempat kejanya. Dia bagitau harga seliter petrol naik RM0.78 menjadikan harga RM2.70. Pehh.. Kalo tak silap aku dengar cite Pak Lah nak kaji dan umumkan bulan Ogos nanti, tetiba lak leh naik hari sok. Aku pun bergegas la gi stesen minyak, kat Petronas keta dah berderet, aku isi kat Esso yang baru buka operasinya tak sampai sebulan. Keta dah beratur panjang, tiba giliran aku daripada pukul 640pm sampai la pukul 720pm baru la dapat isi. Terus isi tangki penuh. Siap bawa botol 5 liter amek kat bonet keta. Isi penuh gak. Pastu ujan lebat magrib tu aku pun balik rumah.
           Siap mandi dan solat aku kuar smula gi tempat keja sebab ada keja lebih masa. Lalu kat stesen minyak, masih banyak kenderaan beratur panjang dengan harapan dapat mengisi dengan penuh tangki kenderaan mereka, harga petrol yang belum dinaikkan lagi. RM2.70 seliter agak mahal dan terbeban bagi mereka yang berpendapatan rendah dan berkeluarga besar. Apa jua mekanisme yang diambil untuk membantu mereka belum tentu memadai untuk menampung kos kehidupan mereka.

          
         Macam-macam spekulasi yang kita dengan mengenai minyak, aku harap pemimpin-pemimpin negara dapat mencari kaedah yang sesuai untuk mengatasinya. Jangan kerana hendakkan pembangunan, hak rakyat diketepikan. Menjaga kepentingan minyak(dengan harga subsidi) bermakna menjaga kepentingan rakyat dan sebagai negara pengeluar minyak kita maklum dengan perkara ini.
        Apa pun sebagai rakyat, kita kena hidup berjimat cermat dan belajar cara perjuangan hidup. Pemimpin atasan pun kena gak camtu supaya lebih ‘mesra rakyat’. Pasni tak leh la aku nak tengok wayang kat Summit Parade lagi, rugi minyak je baik tengok dvd kat umah je. Nak balik kampung selalu pun rasa beban je tapi aku bernekad selagi mak aku hidup lagi, aku akan tetap balik kampung gak sebab duit boleh dicari bila-bila masa je. Mak aku cuma hidup sekali je. Syurga dibawah tapak kaki ibu. Walaupun dah berkahwin, tu bukan satu alasan untuk aku mengurangkan aktiviti balik kampungku hehe…

Imbasan Tahun 2008 dari wordpress

         Ni cuma cerita yang berlaku dalam 4 bulan yang lepas. Masa tu aku bujang lagi. Aku pun tak berapa ingat tarikh yang sebenarnya cuma yang pasti berlaku pada hari ahad malam isnin. Sebabnya tiap-tiap minggu aku balik kampung lepas waktu kerja pada hari jumaat dan balik semula kedaerah ini pada hari ahadnya sebab hari isnin dah mula bekerja.. dan lokasi masjid ini adalah di daerah Batu Pahat. Masjid besar.
       Aku ‘gerak’ dari kampung dalam lingkungan lepas magrib selepas solat. Bawa keta lama aku pelan-pelan. Sambil layan ceramah Ustaz Ismail Kamus. Memang jadi ‘amalan’ aku layan ceramah-ceramah agama sebab rasa seronok bila tau sesuatu ilmu agama, rasa tenang dan banyak yang nak kena belajar. Lagipun jiwa aku kadang-kadang tak boleh nak dengar muzik, sampai tahap tak nak dengar apa-apa yang kuar daripada radio. Diam je senyap-senyap dalam keta. Dulu rajin la layan cd lagu-lagu metal macam Megadeth, Metallica, As sahar, Sil Khannas dan aliran yang sewaktu dengannya cuma makin lama makin pudar lak rasa nak dengar. Sesekali je layan bila terasa nak layan. Suma cd-cd tu masih aku simpan dengan elok wat kenangan nanti.
      Perjalanan dari kampung aku ke Batu Pahat ni mengambil masa sejam gak la dan sebab aku bawa pelan-pelan dalam lingkungan 80km-90km je jadi ada la terlebih dalam 10min selepas sejam. Perjalanan hakiki aku sebenarnya menuju ke Parit Raja. Pukul 9malam baru la sampai bandar Batu Pahat jadi aku amek keputusan singgah masjid jamek Batu Pahat. Jemaah pun memasing dah balik umah jadi lengang la dalam kawasan masjid tu.

        Cuma aku nampak beberapa buah motorsikal je tapi orangnya ntah mana. Cam biasa la rasa nak terbuang air lak aku pun menuju ke bilik air. Semasa aku menuju kat bilik air tu aku terdengar cam bunyi pelik je kat tong jenazah sebelah hujung sudut dalam bulatan yang tak berbumbung. Aku wat dekk je la sebab mungkin aku terperasan je, terfikir gak menda-menda mistik ni tapi dalam masjid, awal lak tu baru kol 9, hantu pun belom ‘punch kard’ lagi jadi aku abaikan je. Aku dah tak tahan nak buang air peduli apa aku kalau ada pun. Makhluk Allah swt gak kan.
Dah sudah buang air kecik, aku pun menuju ke paip air tempat air wuduk untuk menyempurnakan tujuan asal datang ke masjid ni. Dalam perjalanan jalan kaki selepas keluar daripada bilik air tu, tetiba dengar bunyi orang macam meracau je kat arah tong jenazah tu tapi takde apa-apa pun yang aku nampak kat situ. Bunyi suara orang tengah bercakap kuat tapi aku tak faham dan jelas apa yang dituturkan. Cuak gak masa tu tapi aku kuatkan hati sebab aku yakin bukan hantu, jin atau syaitan. Bulu roma pun tegang kejab je pastu turun balik. Maknanya manusia la ni tapi mana, tak nampak lak. Aku terpaku kat situ, perhatikan je ke arah tong jenazah tu. Sekejab tu senyap je.
     Tetiba je ada orang bangun dalam tong jenazah tu dengan rambut panjang kusut masai pakai baju putih dah lusuh. Kawasan situ agak gelap sebab lampu tak dipasang cuma mengharapkan cahaya lampu daripada kawasan sekelilingnya. Terperanjat gak aku tetiba je ada orang bangun dalam tong jenazah tu tapi kejab je la berderaunya sebab aku dah sedia awal-awal apa-apa kemungkinan yang berlaku.
     
(Sekadar gambar hiasan : Lebih kurang camni la rupa paras orang tu)
    Dia dok dalam tong tu bangun pastu macam marah-marah je. Orang rupanya. Dah agak pun. Aku tenung je laki tu mungkin sebab tu dia marah-marah kot atau ada syaitan yang ganggu dia. Seram gak masa aku tenung dia lama-lama tetiba je bulu roma meremang. Aku bergegas amek air wuduk dengan segera dan masuk ke ruang solat tepi masjid. Pintu nak masuk dalam masjid dah berkunci, biasa la dah lepas waktu isyak. Suara laki tu menjerit meracau macam bunyi orang marah. Dari bahasanya aku jangkakan bahasa cina, mungkin orang tu orang cina.
            Aku nak solat pun cuak je, ye la sebab orang kurang siuman ada dalam kawasan masjid. Malam lak tu cuma aku sorang je manusia yang waras kat situ. Aku rasa tak bape selesa nak solat kat masjid tu sebab mana tau nanti dia tetiba je hilang kewarasan tahap maksima dan ada lak senjata tajam cam pisau ke kayu singgah kat aku lak. Fikir punya fikir, daripada solat tak khusyuk, baik aku ‘blah’ je. Aku pun bergegas kuar dari masjid.
            Aku singgah umah abang aku kat Parit Haji Sidek, kebetulan nak hantar barang yang mak aku kirimkan kat dia. Abang aku ada kat umah ngan anak bini tengok tv.  Aku pun tumpang solat isyak kat umah dia. Pastu aku pun cite kat dia pasal nampak orang kurang siuman kat dalam masjid tu. Rupa-rupanya betullah orang tu orang cina dan penah kena tangkap bape kali masuk kat tempat orang gila , camne ntah boleh lepas dan boleh lak merayau masuk kawasan masjid. Abang aku cakap dah bape kali dia dok merayau kat masjid tu. Wat spoil aku je. Pas borak-borak lebih kurang aku pun balik Parit Raja.  Sejak kejadian tu aku tetap singgah masjid tu kalau lalu untuk solat dan tak pernah nampak lagi orang yang kurang siuman tu. Dah kena tangkap kot. Wallahualam.

Imbas semula 2008

 Assalammualaikum wbt. Mei 2008. Baru saje 2 minggu aku melangsungkan perkahwinan. Dengan sekali lafaz nikah, tanpa gugup, alhmadulillah aku dah berjaya jadi suami orang. Menempuh alam perkahwinan setelah lama membujang. Hehe. Ada la membujang dalam suku abad. Isteriku muda 5 tahun. Kerja pun dibawah satu bumbung tapi besarlah bumbungnya dan masing-masing bekerja dibahagian masing-masing. Berbulan madu tak la jauh cuma Genting Highland je. 3 hari 2 malam di Hotel Sri Malaysia. Dapat la diskaun sikit. Aku dan isteri tersayang pun cuti 2 minggu, sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Kira lama gak la.
     Masa datang ke Tanah Tinggi Genting tu dalam kepala aku terfikir camne la tok Lim Goh Tong ni boleh terfikir nak wat projek jalan kat lereng bukit ni. Persoalan makin jelas dan bertambah bila aku naik kereta kabel dan sampai kat puncak ‘istana bunian’ kat atas tu. Melalui hutan rimba yang macam-macam mahkluk ada kat bawah tu tapi bila kat atas sekali sampai punya la besar dan canggihnya tempat tu. Ada taman permainan dan cuaca sejuk cam kat London lak. Cakap pun berasap-asap. Tatau la bape darjah celcius.
Genting High Lands 2.jpg
Uncle Lim lahir pada tahun 1918 dan datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Kemudian, beliau menceburkan diri dalam perlombongan bijih timah, getah, dan minyak kelapa sawit. Pasti mak bapak dia tak sangka yang dia akan berjaya sampai tahap sekarang. Berhijrah ke luar negara dan membina empayar.
Kerana kebijaksanaan dan hubungan rapat dengan Tunku Abdul Rahman, beliau diberi hak untuk membangunkan Tanah Tinggi Genting pada tahun 1964. Peluang keemasan tak disia-siakan. Bukan mudah nak dapat peluang ni kat negara orang, kita belum tentu berpeluang dapat peluang ni kalau tak iye-iye. Macam-macam tohmah yang dapat kalau nak buat idea yang diluar kotak pemikiran. Silap-silap boleh kena dengki dan khianat oleh bangsa sendiri. Sabar dan cekal tahap tinggi nak kena ada dalam diri, kalau tak abeh laa. Macam-macam permainan dibina dalam taman tema tersebut. Aku pun tak terlayan semua. Malas nak layan yang ‘hardcore’, layan yang biasa-biasa je hehe. Penin pala aku nanti.
Genting Highlands theme park.jpg
Main Go-kart, naik keta klasik, naik bot cam hoovercraft boleh la layan. Paling penin pun naik sampan yang berayun tu. Tu pun masa hayun turun dah nak sayup je jantung aku, tapi seronok la hehe. Suasana dalam First World Plaza punya la kelas, siap ada panggung teater, panggung wayang, pusat membeli belah dan macam-macam lagi. Tak terfikir yang aku berada di puncak bukit dan dikelilingi hutan belantara. Rimau ngan gajah pun ada kat hutan tu.
 Dah puas main permainan dan puas merayau kat dalam tu, aku pun cari la makan tapi punya la mahal. Ye la atas bukit, suma eksklusif. Tau bawa bekal je dari hotel sebab murah sket. Akhirnya aku ngn isteri berkongsi makan kat KFC- makan nasi ayam set. Kenyang gak wat alas perut je sebab kami plan nak makan kat kedai makan kawasan Hotel Sri Malaysia- murah cam harga kat kedai biasa, harga yang ikut piawai semasa jadi lebih baik berjimat-cermat. Lagipun ramai pelancong dari luar negeri yang datang sebab tu harga mahal.
Kesimpulan yang aku dapat lepas gi Tanah Tinggi Genting ni ialah kita orang melayu beragama Islam kena la rajin berusaha dan berani meneroka perkara yang baru. Berbudi pada tanah ada hasilnya. Berhijrah tu dengan niat suci murni untuk meningkatkan taraf hidup dalam diri tak kira la samaada mencari rezki atau ilmu. Kalau tak, bumi yang dipijak akan jadi milik orang. Kata Uncle Lim dalam bukunya ‘My Story’ , ”Andainya ada orang bertanya apakah kebahagian paling besar dalam hidup saya, saya akan terus menjawap bahawa kebahagiaan itu adalah ketika saya mendakap cucu-cucu saya dan menceritakan kepada mereka betapa saya membina Genting Highlands pada zaman silam..”. Huhu seorang penghijrah dari negara China datang dan membina empayar di Tanah Melayu adalah seorang yang hebat. Apa yang dapat kita ceritakan untuk anak cucu kita akan datang…?

Program derma darah Pemangkin

Sabtu lepas 09/06/2012 aku dan rakan-rakan Pemangkin menghadirkan diri ke Farmasi Nur Parit Raja dengan tujuan menderma darah dan meramaikan majlis. Farmasi tersebut buat program derma darah dengan usahasama Hospital Batu Pahat. Ada juga yang membawa adik dan anak-anak sebab ada peraduan mewarna.  Cuaca agak redup pada pagi tu setelah hujan semalaman. Ramai juga yang hadir  dan meriah pagi tu dengan sambutan orang ramai sekitar Parit Raja.

Selepas mengisi borang pendaftaran dan pemeriksaan aku kena buat pemeriksaan darah terlebih dahulu untuk memastikan kepekatan darah. Darah aku kurang pekat dan hanya boleh menderma sebanyak 300ml sahaja berbanding ada yang boleh menderma sampai 450ml. Mula-mula cuak juga sebab baru pertama kali derma darah dan memikirkan jarum yang akan menusuk kekulit tapi bila teringat ni baru je jihad kecil jadi aku kuatkan semangat. Lawak juga sebab macam budak kecil yang dimomokkan dengan sunat walhal takde apa pun yang menakutkan.
Darah diambil daripada lengan sebelah kiri aku. Selepas 180ml tetiba darah terhenti dan membeku. Puas akak jururawat tu laraskan dan cuba untuk alirkan darah tapi tak menjadi. Terpaksalah cucuk jarum pada lengan kanan sebab masih tak cukup minimum 200ml. Sekejab  dah penuh beg darah tu 300ml sebab urat lengan kanan aku lebih besar, tu yang mencurah darah masuk.

Darah aku kena ambil sebanyak dua tabung untuk dihantar ke Hospital Johor Bahru dan Hospital Batu Pahat untuk diuji samaada mengandungi hepatitis A dan B atau HIV. Dalam masa dua minggu jika pihak hospital tidak menghubungi aku bermakna darah aku memang boleh digunakan oleh pihak hospital. Seronok juga derma darah ni. Satu kepuasan dapat membantu orang yang memerlukan. Satu pengalaman pertama dan berharga dan akan datang kalau ada program macam ni aku nak menderma lagi insyAllah. Kena jaga makan dan kesihatan supaya dapat membantu orang lain dan beramal ibadah.

Imbas semula...

Subhanallah. Dah lama aku tak menulis dalam blog peribadi aku ni. Sejak tahun 2010 bulan ogos 18 haribulan. Dah hampir 2 tahun aku tak buka blog aku ni. Email pun dah lama tak semak. Aku cuba padam email-email yang tak berguna. Bersihkan semula. Ibarat rumah yang dah lama tinggal. Macam-macam email masuk terutamanya iklan. Banyak perubahan dan peristiwa selama 2 tahun ni.  Anak sulung aku pun dah besar. Dah dapat adik lagi lak tu. Muhammad Aiman Amsyar.  Lahir pada 20 jun  2011. Dah nak belajar berjalan sekarang ni. 

Aku dengan isteriku pun dah abeh belajar diploma di Politeknik Merlimau Melaka. Tunggu konvokesyen je, mungkin bulan 9. Ironinya insyAllah bulan 10 nanti isteriku akan bersalin. Sebelum belajar dapat sorang anak, masa belajar dapat sorang dan lepas belajar dapat lagi sorang alhamdulillah Allah swt nak bagi rezeki.
Dah abeh belajar ni rileks la sikit. Tak perlu fikir nak buat tugasan, kuiz, periksa dan seangkatan dengannya. Mak aku pun tak perlu jaga cucu. Kesian dia sebab anak kedua aku tu agak lasak, maklumlah lelaki. Dia pun tak berapa sihat. Memang ‘timing’ abeh belajar anak kedua aku tengah nak lasak sebab dah pandai merangkak dan memanjat.
ibuku bersama cucunya
Dah hampir 2 tahun aku tak buka blog aku ni. Email pun dah lama tak semak. Aku cuba padam email-email yang tak berguna. Bersihkan semula. Ibarat rumah yang dah lama tinggal. Macam-macam email masuk terutamanya iklan. Banyak perubahan dan peristiwa selama 2 tahun ni.
Aku baru je tanam sawit hasil perbincangan dengan mak aku yang nak pajak semula tanah kebun tu. Baik tanam sawit. Senang jaga. Ngam-ngam masa peperiksaan akhir tu sempat la siapkan projek sawit ni. Member yang pajak tanamkan. Ada la dalam 114 pokok. Bagi dia tumpang tanam pisang sementara sawit belum naik lagi. Boleh tolong jaga sekali sawit aku sebab aku balik kampung seminggu sekali.

Nanti dapat hasil boleh la bagi adik beradik sikit. Saham aku 50% tetap la sebab pengusaha. Mak aku bukan main suka lagi tengok sawit dah ditanam. Aku pun dapat rasa bahawa berbudi pada tanah insyAllah akan dapat hasil yang baik dan tengok hasil tanaman ni bagaikan terapi minda. Balik kampung dapat jengah mak dan kelapa sawit. Dua-dua tu pun terapi minda selain anak-anak dan isteri.
Sekarang  ni banyak masa terluang jadi aku plan macam-macam. Terlibat dengan Pertubuhan Kebajikan Insan Prihatin Batu Pahat yang diasaskan bersama rakan-rakan dengan niat untuk melibatkan diri dengan masyarakat dengan membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. Dah didaftarkan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Johor pada bulan 10, 2011. Bergerak agak perlahan sebab kami tak cukup dana dan pada permulaan gunakan duit ahli yang dikutip setiap bulan untuk buat program.

Gambar kat atas tu masa aku pegi amek sijil atau surat kelulusan daripada ROS. Aku bersama pengerusi dan Setiausaha. Aku jadi bendahari dalam pertubuhan ni. Dengan pengalaman memasing yang kurang tapi berjalan la juga aktiviti pertubuhan yang sederhana ni.
Tuan pengerusi Pemangkin En. Khalid Othman sedang memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan di kawasan Parit Raja. Akan datang kalau dah ada kekuatan dana boleh la wat program secara meluas. Esok pertubuhan Pemangkin ada terlibat dengan program derma darah yang dianjurkan oleh Farmasi Sharifah Nur dengan kerjasama Hospital Batu Pahat. Kami dalam 5-6 orang ahli tegar pemangkin melibatkan diri dalam program tersebut insyAllah. Ni salah satu usaha kecil yang dapat dilakukan. Tengahari esok plan nak pegi keja kawin di Desa Temu Jodoh, Chaah. Pastu ke rumah mertua dan aku dan anak sulung insyAllah bergerak balik ke Tangkak. Aku ada plan sikit mengenai pengubahsuaian bilik air rumah mak. Wassalam.